Pages

Monday, October 31, 2011

LIVE nengok bola .. phewww

Kak Es ngandung pun pi tengok bola gak ?
apasal ? tak boleh ?
Uiiisshhh... apalah salahnya sekali sekala menjamu mata ....
nak juga nengok orang mengejar2 bola yang satu tu. Rasanya macam nak je baling sebijik lagi bola tak nak kasi diorang berebut2..


Amacam.... ni la goal keeper terbaik yang kak es pernah tengok secara live !!




Ini kisah petang semalam. Dah nama pun hari ahad... lepas anak2 habis latihan karate diorang ajak gi Muzium Layang2 , kat sini padangnya seluas saujana mata memandang. Memang kalau tendang bola , KOMPOM umi dah tak marah hahahaha
Umi ni pantang dengar bunyi bola ditendang , dah tau dah nanti sure ada pokok umi yang terkulai ditimpa bola. So bawa je diorang kat situ .... Ok anak2 , tendang la sepuas hati !!





 Abi pun nak lepas tension main gak , silakan :)
Umi dah bawa bekal cekodok untuk dimakan sambil memerhatikan anak2 bermain .






1st half ;)


tukar strategi lps ni : P



Si kakak dah sebab sorang je pompuan dia pun bawa juga bola main sambut2 dengan umi dia tapi 15 minit ja pastu kitaorg hanya jadi penyokong ditepi padang hihihi..

Sesekali keluar , memang seronok. Tak sedar cepat je masa berlalu... kejap je dah nak azan maghrib.
Terus solat kat masjid berdekatan ...pastu singgah TESCO kejap belikan utk sarapan simple mereka. Minggu ni dah bermula peperiksaan akhir tahun. Anak2 kak Es request nak beli honeystar & freshmilk for breakfast. Senang dan cepat dan tak sakit perut.... i folloooowwww.

All the BEST untuk semua yang menduduki peperiksaan akhir tahun. Doa dari umi moga kalian boleh menjawab dengan tenang dan berjaya dengan cemerlang . ALL FOR UMMAH !!! caiyokkkkk

Sunday, October 30, 2011

Buku yang tak boleh TAK ADA bila mengandung ...

Pendapat kak Es la... orang lain mungkin ada buku yang dia minat. tapi kalau untuk Kak Es sejak dari 1st pregnant lagi buku ni memang tak lekang dari Kak Es...

Buku ini complete ... kalau tak de wudhuk tapi nak dengarkan juga baby tu bacaan surah dari surah maryam, yusuf dah siap ada dalam buku ni. Boleh baca on the sport bila2 nak. Bawa je buku ni ke mana2 pun....

Paling best doa ... doa kat dalam ni sangat menyentuh hati. Bila diulang2 baca, memang secara fitrah sebagai ibu itulah yang kita harapkan. Susunan doa itu sangat menarik dan pasti kita seronok nak minta sentiasa padaNya.


Harga = RM13.00
Mukasurat = 377
Penulis = Abu Afiqah
Penerbit = Darul Nu'man

KANDUNGAN

Bab 1: Bimbingan Bagi Wanita Mengandung
a. Merancang Kehamilan
b. Perubahan Emosi Dan Fizikal Ketika Mengandung
c. Mengidam Ketika Mengandung

Bab 2: Beberapa Masalah Ketika Mengandung
a. Sakit Pinggang
b. Sembelit
c. Kejang
d. Pening Dan Pitam
e. Buasir
f. Pedih Ulu Hati
g. Urat Bersimpul

Bab 3: Amalan Semasa Mengandung
a. Banyak Bertaubat
b. Menutup Aurat
c. Banyak Membaca Ayat Al-Quran
d. Membaca Doa-Doa

Bab 4: Beberapa Pedoman Wanita Mengandung
a. Nasihat-Nasihat Untuk Isteri Hamil
b. Adab Isteri Kepada Suami Ketika Mengandung
c. Pemakanan Untuk Wanita Mengandung

Bab 5: Mengatasi Sakit Bersalin
a. Membuat Beberapa Perancang
b. Doa-Doa Menjelang Bersalin
c. Doa Selesai Bersalin Dengan Selamat
d. Mendidik Anak Ke Arah Diredhai Ilahi

Bab 6: Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung
a. Kemesraan Suami Terhadap Isteri Ketika Mengandung
b. Adab Suami Terhadap Isteri Ketika Mengandung
c. Dorongan Suami Semasa Isteri Mengandung
d. Masalah Bayi Lahir Menjadi Kenan

Bab 7: Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak
a. Menanam Uri
b. Mengazan Dan Mengqamatkan Bayi
c. Mendoakan Anak
d. Panduan Menjaga Anak
e. Penyembelihan Aqiqah
f. Mengkhatankan Anak
g. Mendidik Moral Anak
h. Beberapa Nasihat Luqman Terhadap Anaknya

Bab 8: Kesihatan Ibu Setelah Bersalin
a. Memakan Jamu Tradisional
b. Memakan Ulam-Ulam Segar
c. Memakai Pilis
d. Memakai Bedak Sejuk
e. Bertungku
f. Berbengkung
g. Perubahan Emosi Semasa Dalam Pantang

Bab 9: Petua-Petua Masa Mengandung Dan Masa Pantang

Bab 10: Menjaga Kesegaran Jasmani Ketika Mengandung
a. Senaman Ringan
b. Senaman Bagi Wanita Mengandung

Bab 11: Pemulihan Kesihatan Setelah Melahirkan
a. Rawatan Semasa Nifas
b. Perkara Yang Diperhatikan Semasa Nifas
c. Cara Merawat Buah Dada
d. Senaman Sesudah Melahirkan

Bab 12: Panduan Menamakan Bayi
a. Nama-Nama Pilihan Untuk Bayi Lelaki
b. Nama-Nama Pilihan Untuk Bayi Perempuan
c. Nama-Nama Yang Dilarang

Bab 13: Surah-Surah Pilihan

Rujuk : SINI

Apalagi yang kita nak ....

Sering kali kita kufur dengan nikmat. Bila nikmat dah hilang baru nak bersyukur ... itupun bagi yang nak bersyukur. kalau tak.....masih nak salahkan lagi keadaan.

yang tak de anak, nak anak. Yang ada anak, dibuang pula.

Kalau anak ini yang dibuang dengan cara begini ok lagi......
 .

..


....



.........







Ini yang dibuangnya si kecil yang diusung 9 bulan 10 hari dalam kandungan. Si kecil yang sering menemani ke mana sahaja selama 9 bulan 10 hari itu sebenarnya yang paling rapat berdamping.... sehinggakan setiap gerakan dan denyut jantung dapat dirasakan.... masih sanggup lagi dibuang. Tergamak seorang ibu buang anak yang berdamping sentiasa bersama selama 9 bulan 10 hari itu...... 



Sedih kannn... masuk dalam plastik hitam pulak tu.... Kucing pun kalau nak buang orang tak letak dalam plastik hitam. Tengok kat atas tu , siap dipakaikan baju lagi cantik2.

Kemana hilang kasih dan sayang. Tak diusapkah perut sambil merasakan tendangan halus si kecil ?
Tak dibacakan surah-surah kah untuk kenalkan si kecil dengan Rabb nya ?
Tak pernah kah didoakan agar si kecil nanti menjadi anak yang soleh menjadi pendinding dari azab api neraka?


 

( gambar ehsan google )


( bukan perut kak es!  .... tapi macam ni lah ibu2 mengandung merasai betapa dekatnya si kecil ini. 
Hiasan Google )

Saturday, October 29, 2011

Baby 10 cm

Dah lama tak berblog...rindu seyyy

Alhamdulillah kesihatan dah semakin baik. Mabuk2 pun dah makin ok cuma jgn sesekali makan nasi....nnti otomatik jd otoman hehehe....muntah .

Tak pe la..umi redho. Baby punya pasal apa pun ok...jgn mengidam yang bukan2 udah ler..
Ada tau kawan kak Es suka makan sabun time preggy. nak buat camne dah katanya itu yang sedap. Hmmmm....macam2 kan?? Tapi itulah ujian untuk kami2 ni.

Buat masa ni menu wajib madu, kekacang dan roti...buat alas perut pagi2. Nasib sangat baik bila Mr. Right suka pulak goreng cucur bilis ( jemput2 bilis ) ohhhh sungguh berterima kasih...

Hubby Kak Es tak lah pandai nak mengadun macam Che Mat tuuuu..tapiiiiiii dia pandai carik yang ni


untuk sarapan dan bawa bekal pegi keje.....

Dah masuk 5 bulan mengandung terasa dah gerakan2 kecil. Last scan masa tu 10cm ...10cm !! yeeeee 10 cm cube amik pembaris ukur....kecil je kan. tapi dah nampak bentuk manusia cuma jejari je belum terbentuk... tengok jantung pun dah mula berdegup. togkorak bahagian kepala pun dah complete...masya Allah hebatkan kuasa Allah. 10cm pun dah bersifat. Anak2 yang lain pun kagum sangat tgk adik mereka :)

Insya Allah next week scan lagi nak tengok pembesaran baby....mesti lebih mengagumkan tambah2 pulak kalau dapat scan masa baby tgh bergerak...
Nanti kak es update lagi :)


Sunday, October 9, 2011

Layanan untuk suami, Ganjaran buat isteri

Lamanya Kak Es bercuti...
mabuk daaaaaa... tengok laptop pun rasa nak muntah, loya pening bagai.
Tak pe laaa... ujian orang mengandung memang macam2, kena redho sebab ganjaran Allah nak bagi tak ternilai kannn... harap hati ini tabahlah :)

Wahhhhh...orang lelaki mesti bahagia la baca artikel ni.