Pages

Tuesday, January 3, 2012

Menyesal kalau TAK ZIARAH !!

Dah masuk 2012.. pantasnya masa berlalu.

Dengan kekalutan akhir2 ni, hari ni time nak tulis tarikh teersyasyul lagi 2011 hehehe

dah 2012 la cik kak!!

kak Es baru je sampai dari Perak ziarahi ibu mertua yang sakit.
Biasanya datang kami disambut...pulang kami dihantar hingga ke depan pintu .
Tapi kali MIL hanya terbaring diatas katil.....
Saat kami tiba pun tidak disedari ... dah nak balik semalam pun, beliau masih bertanya kami nak balik ke mana?

Tangan anaknya (hubby kak es) digenggam erat bagaikan berat melepaskan kami pulang.
Jauh mak...terpaksa balik atas urusan kerja. InsyaAllah nanti kami pulang lagi ya...
Berat juga hati kami nak meninggalkan si ibu yang kelihatan tua akibat keuzuran.

Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf dan minta halalkan segalanya.
Hanya kerdipan mata dan anggukan kepala menyatakan dia memaafkan dan menghalalkan segalanya...
Juga titisan air di tubir matanyaa....
Sayunya hati mengenangkan saat kita dah tua nanti....apalah nasib kita ye..

Ziarahlah sementara mereka masih mampu belaian kita.
Ziarahlah sementara mereka masih tahu yang kita sayangkan mereka.
Ziarahlah sementara mereka masih berkuasa memberi  keampunan dan kemaafan.

11 comments:

Cikpuan rara said...

betul tu sis.jgn menyesal dikemudian hari.

Cendana Kasih said...

semoga MIL akak cepat sembuh...

mas saari said...

betul tu kak! nanti kalau dah takde baru nak menyesal..

Faradilla Rashid said...

Moga mertua akak cepat sembuh... dan akak juga diberikan kelapangan dan kesihatan yang baik utk terus menziarah mereka....

Namee Roslan said...

hari2 saya ziarah.hehe sbb tinggal serumah. hehe. esok dah kahwin, kena selalu waspada lah. kena salu ingat kat mak ayah :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.Es...betul tu.hargailah keduanya bila meeka masih disisi kita.
semoga MIL semakin sembuh & dipjgkn usianya.Aminnnn

MulutPayau said...

betul tu...luangkanlah masa mnziarahi mereka.....
semoga MIL cepat sembuh...

makcikkantin said...

:(((. I've passed that stage when my mum left > a year ago, tak ada peluang lagi

DrSinga said...

saya doakan...

Ain Dzaya said...

mana belogger nie dah menghilang yer ?

Apa petanda dia jodoh kita? ♥

Nur Syazana Mohammed Sani said...

yeahh . betol tu =)

jangan sampai ite terlambat .

#nape akak tak bawak mak mertue akak dok tinggal same same ?

http://syazanasani.com