Pages

Wednesday, December 28, 2011

Colmar Tropicale ala2 berada di Jepun dan Francis

Kesinambungan dari kisah MENGIDAM ni

Malam tu kitaorang checkin je kat Bentong umah adik Kak Es sebab dah kekenyangan.

Pagi2 esoknya adik kak es dah siap prepare sandwich dengan bihun goreng ,

pastu mula la dok merancang nak gi Fraser's hill. tapi macam prefer lagi gi Berjaya Hills ... dekat je ngan umah si Angah ni.

Tempatnya macam gi oversea ....

Macam gi French jeeee...

French kat Bukit Tinggi... kalau dari KL ikut Genting Sempah.

Ni la Colmar Tropicale

Berjaya Hills... Best tempatnya sangat dingin dan gerimis.
Tempat tinggi sokmo gitu cuacanya.
Pokok2 pun semuanya berwarna 'segar'

Cantik sangat.
Jiwa Kak Es sesuai sungguh dengan tampat camni. Takde sesak... natural , selesa

Kalau dapat berlama2 di sini pun .. ahkak sukaaaaaa




Menapak nak ke Japanese Garden tu macam nak putus urat kentut.
korang elok la pakai sport shoes. Nak best lagi buka kasut....
Memang mencabar betul la!!


Love is ALL AROUND


Mengimbau kembali kenangan ketika belajar dulu.... masuk hutan
Memang BEST...


Waaaa....ramainya peminat jepun kak Es hehehehe

Ni sape2 nak rasa budaya Jepun meh sini....
Nak minum cara Jepun,
nak pakai kimono
nak duduk cam Jepun duduk tu....

Ha..tak yah pi jauh2... Gi je Colmar Tropicale ni
Tempat yang sangat cantik.

Bunyi2 ungka dan burung bagaikan
muzik yang mencuit hati.

Sungguh terleka kat sana.
Nak berlasak dengan aktiviti flying fox pun boleh,
nak rock climbing pun ada,
nak horse riding pun je....

Next post kak es cerita pasal horse riding pulak k.. :)




MENANG CONTEST

Kak Es menang contest !! Yeayyyyyy

Syukur Alhamdulillah. Ni lah 1st time menang ...

Dapat second prize :)

1st prize dapat King Deluxe gi Kelate...

Second dapat yang ni


Ha ko....cantik kannn. Macam tau2 je nak naik rumah baru.

Alhamdulillah...
selain dapat hadiah dapat kawan baru. Moga ukhuwwah bertaut erat :)

Terima kasih ya 


Kak Es join contest yang ni SILATURRAHIM

MENGIDAM..

Dah masuk kandungan ke lima ni baru la kak Es pandai mengidam.
Anak2 sebelum ni, siap hubby offer nak makan itu ini. Tapi tak kesahhhh punn.

Tup-tup masa cuti Hari Natal hari tu , teringin sangaaaatttt nak makan yang ni >>>>>





.


..


....



Ikan Patin Masak Tempoyak @ Temerloh 

Korang jangan buat tak endah kalo wife ke, nenek ke, mak sedara ke... mengidam !!

Memang mengidam tu  terasa SESaNGAAAATTT nak makan benda tu .( harap2 bukan ngidam yang bukan2)

Tak hairan la dulu one of my friend ngidam nak makan sabun .... and she really ate it !!!

Kak Es ..syukurrrrr sangat ngidam masak tempoyak patin ni. Tapi masalahnya jauh la dari Pasir Gudang ni. Nasib baik en.somi sanggup melayan kerenah isterinya ini.
gara2 tengok youtube jalan2 cari makan. Lepas ni dia dah larang tengok JJCM lagi dah... KEH KEH KEH

Sakit kalau nak makan makanan yang susah nak dapat. Yang ini pun jauh juga la kami menempuh perjalanan nak dapatkan semangkuk Patin tempoyak ni.

Dah dipujuknya dia sanggup masak ... tapi selera kak Es tetap nak masak tempoyak Temerloh ni jugak !!!

Apa pun TERIMA KASIH banyak2 ye laling ... hehehe

Pagi tu lepas breakfast roti canai, kami bertolak menuju ke Temerloh demi semangkuk ikan patin masak tempoyak....
Dengan berpandukan arah yang di short cut oleh IsWa ..
bertolak lah kami ke sana .
Hampir 6 jam perjalanan ....

Menyusuri segala halangan cewahhhh...


Singgah makan durian... sepanjang jalan tu, wangi dengan durian jeee



Nasib baik la nak layan kerenah si istri ni huhuhu.... 




Nasibbbbb palingggg baikkkk !! kedai yang satu ni buka...lain2 kedai semua tutup sebab cuti agaknya.
Memang rezqi Kak Es lahhhh.


Tu pun dah banyak yang luak. Bukan sebab kak Es sorang je tau !!

Memang ramai makan kat situ.




Sori la...gambar selepas je sempat nak snap. Yang sebelum tu.... huh! sampai je nasi memang tak nampak apa2 lagi dah....

Asalnya semangkuk je. Orang lain tak nak makan. Anak2 kata " Umi mai sini semata2 nak makan yang ni ja ka?"
HAHAHAHA
Pastu bila tengok Uminya makan sampai berpeluh2...... masing2 cuba sikit.
Dari semangkuk tambah lagi semangkuk.

Hubby tengok ...ishhhhh tak leh jadi ni, dia pun minta sepinggan nasi lagi....
Pastu , tambah lagi semangkuk !!!

mak aihhhh!! sape yang ngidam ni KEH KEH KEH

Jadi lah 3 mangkuk Ikan Patin Tempoyak hidangan kami sekeluarga.
Nak balik siap tapau lagi ... huhuhu

Hari pun dah malam... nak balik pun mata dah ngantukkkk .

Check in je kat umah adik Kak Es di Bentong.
Memang dah spare baju sorang sepasang in case tak sempat balik 

Wednesday, December 21, 2011

Laptop Ghaib ...

Sungguhhh !!!

Tiba-tiba je ghaib laptop Kak Es...

Macam Misteri Nusantara..... jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiiiii......


Huhuhuuhuh


sibuk la sangat siapkan hantaran..kemas rumah...isikan goodie bag...bla bla bla...

memang tak kenal hat mana laptop, hat mana broadband...Fuhhh!!!!
Tapi memang seronok la balik kampung...heaven!!

Kampung kak Es kat Kedah. Walimah adik dah selamat. Dok tunggu ni gambo pengantin nak upload masuk blog buat kenangan.

Nanti kak es tempek sini.
Ni nak tempek gambo sepanjang perjalanan pulang ke kampung....

Kalau balik kampung memang hampir semua negeri kami singgah...ikut jalan jauh sambil makan angin. Kitaorg bosan ikut hi-way !! mengantuk amat !!!

So ikut sini ...hehehee


Ikut Mersing lalu Pekan Pahang.... tgk orang Pekan hehe




co-pilot dah boring sebab semua org dah tido...tinggal le kome berdue  huhuhu



Yeayy!! Dah sampai Cameron ikut Sg.koyan lalu Pos Betau..




Sejukkk!!! dah pekena teh tarik yang panas seminit cuma..pastu dah jadi cam teh aissss


Nak stroberi...petik je kat belakang tuuu...




Ampunnnnnn...orange yang sangat segar dan manis...
Angah minta belikan untuk Wan dan maktok :)




Along nak jadi cameraman pulak....layaaaannnnnn !!


Tuesday, December 6, 2011

Balik Kampung

Sebut je balik kampung... semua orang teruja !!

Kak Es pun sgt seronok. Tak tahu lah sebab mmg kita berasal dari situ kah? Aura kampung tu positifkah ? Makanan kena dengan tekak kah?

Tapi rasanya sebab paling utama sebab ada mak abah kat kampung kot.
Bila dapat pandang wajah mereka F2F rasa sangat bahagia..... walaupun mcm biasa akan berkumandang radio (bebelan mak) yang bersiaran secara langsung.
Walaupun dah beranak 4 5 orang kita tetap anak dia. Bebelan tu totap macam dulu gak hahaha
Dengar jeee....

Seronok beli kuih muih walaupun sehengget 3 ketoi tapi ketoi2 tu saiz 4 jari. Kalau kat Johor ketoinya 2 jari.
Nak tu pulak .... tepung talam tu sesedap rasa. Memang cukupla lemak manis masinnya. Macam kita buat sendiri nak makan kat rumah tu....
Pueh ati la !!

Tu je dulu nak cerita suasana kampung. Lama lg ni Kak Es kat sini. Tengah sibuk buat hantaran untuk adik ....

Wednesday, November 30, 2011

PESONA TEKAK


Kak Es C&P dari entry kak Ummi .
Sokmo kalau teringin nak makan mmg cari blog si kakak ummi dan adik dia Mat Gebu huhuhu

Sekali jenguk nampaklah oleh ku kek yang lazat ni.
Tgk pulak ... mak aiiiii!!! sonang sangat nak buat

Barang2 pulak kebetulan sangat memang dah sedia ada.
Terus bersemngat bagaikan tentera .... perkasa !!

Kejap je nak buat ni. 
Tapi Kak ummi punya tangan sangat berseni....lagi menarik hasilnya

Kak Es tak pandai sgt nak berseni2 ni
tangan kayu
tapi rasa tu memang sedap laaa sebab ikut bulat2 kan.
Buat kejap je dah abis hehehe



KEK LAPIS CHEESE PESONA
Resepi Asal: Ryo Azhar
Dicuba-uji : Ummi @ Home Sweet Home
Cuba uji ke2 oleh  : KAK ES 

Bahan A: (Loyang kek saiz 9x9) - akak guna 8 x 8 in)
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat (lebih kurang 600 gram- Ryo guna jenama LEE) - akak guna perisa coffee jenama Hup Seng ( saya pun guna cam kak Ummi )
  • 500 ml susu segar,dipanaskan (akak guna 400 ml jek) ~ saya agak2 jeee
Bahan B:
  • 500 gram cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus (akak kurangkan sikit) ~ saya guna sama dgn Ryo
Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  3. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  4. Panaskan susu segar, padamkan api.
  5. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas), terus susun dalam bekas. (Celup 1 saat je taw..)
  6. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi hingga habis berselang-seli. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  7. Kemudian kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) (akak gunakan biskut oreo yang telah dibuang krimnya dan kisar, kemudian ayakkan di atas kek)
  8. Tekan-tekan sikit permukaan tu, masuklan ke dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.



Kalau tak cuba .... cam rugi jeee.

Sebab
sangat senang
sangat mudah ( sama kan makna nya )
sangat sedap
sangat simple
sangat mempesona


Magic!!.... tapi tak de la cam David Cooperfield



beratnya 740g.

Kalau dah jadi sebiji kek..beratnya 1.3 kg +

Dah beberapa orang yang kak Es poskan tepung ni. Alhamdulillah respon positif

yang best tu ada sorang kreatif mama ni gunakan tepung ni buat cupcake untuk besday anaknya .... puas hati katanya. Kak Es pun tak terpikir cam tu.

Gambar ni hanya pinjaman... (mama tu tak sempat nak bgambo)

Patut la dia tanya camne nak topping berkilat.
Rajin sungguh dia melayan cupcake bertopping.

Dalam tepung kek tu ...
dah ada topping, campur je dgn susu pekat dan sesudu minyak..
Nak lagi best minyak jagung la

Nanti dapat la yang berkilat ..




Kakakecik pun order 2 packs nak buat cupcake untuk knuri kawannya. Rajin kakakecik kita nih :)

OKEH !! Dah ..cukup !

Apa yang cukup ?

Dah cukup pemenang melaporkan diri...kalau dah rezqi mmg tak kemana kan :D

Kak Es tak siarkan address dan komen mengenai details pemenang. Cuma nak maklum semua dah dapat dikesan :)

Esok semua hadiah akan diposkan...insya Allah. Bagi yang dah dipos , esok dah sampai.

salam ukwwah moga berpanjangan ...

Masih menanti pemenang melapor diri


Manalah sorang lagi pemenang ni ...
Ternanti-nanti kak es ..

dua pemenang dah bagi respon..
Hadiah pun dah kak es pos 
tuuuu....buktinya !! 

Insya Allah esok sampai kata POSLAJU

sabo ehhhh!! esok leh la lekat2 kat fridge tu heheh

Tuesday, November 29, 2011

INILAH PEMENANGNYA .....

Pemenang dah Kak Es pilih... !!

Ni lah pemenang yang bertuah . KLIK setiap gambar ... nnti sampai ke entry pemenang tersebut.









TAHNIAH !!

Pemenang silalah tinggalkan komen sertakan

NAMA
ALAMAT
TELEFON NO.

Penghantaran akan dibuat esok pagi. Kalau lambat tak dapat ....

Esok jam 6 belum dapat respon.... kita cari pemenang lain ye :)

Dah Standby nak packing hadiah untuk GA bersama Kak Es

Nampak ???
Dah siap ambik kat POSLAJU plastik dan  borang untuk memudahkan penghantaran.
( Plastik beso tu untuk tempahan tepung kek....hadiah plastik tecik tu jee okeh )


Maaf ye ..sejak petang semalam jam 6, Kak Es terpaksa delete komen yang ada link nak join GA.

Dah tutup dahhh....

Barang2 semua dah stand by untuk dipos . Hari ni cabutan bagi yang bertuah...

Tunggguuuuuuu kejap lagi kita umumkan. Dah tak sabar ni !!

Monday, November 28, 2011

Pewaris Negara !!


Cuti sekolah dah seminggu bermula.

Seminggu tu la anak-anak all out main game, main itu main ini...

Mentang-mentang la exam dah abis.

Semalam...kami duduk bersama-sama dan berbincang. Apa yang paling baik dibuat masa cuti.
Nak terus bermain saje kah ?

Jadual dah dibuat... dah follow tapi tak tercapai 100%
Kak Es cadangkan dah masuk pertengahan cuti kena cari semula mood untuk belajar. Taknak la nanti terbawa-bawa semangat bermain hingga bermulanya persekolahan.

Otak kita ni...lagi diasah lagi tajam
lagi banyak relax, lagi jadi lemau.
Nak-nak pula otak yang masih suci , biarlah diisi dengan segala yang baik-baik

Nanti time umi sibuk2 tolong maktok untuk persiapan kenduri acu dirumah maktok,
rasanya tak sempat dah nak pastikan anak-anak dapat mengikut jadual. Fokus pun sure hilang sebab jumpa tanah katakan...

So dah berbincang dan terangkan kenapa umi & abi cadangkan anak-anak masuk pra tahfiz & smart solat..
selain dapat menambah ilmu , dapat juga kawan baru.
Dapat juga pengalaman duduk asrama berdikari
dapat lagi suasana yang baik
"wow !! itu sudah cukup bagus" 
kata mereka.

Alhamdulillah mereka yang tak sabar untuk ke kem tersebut.
Moga dimudahkan Allah.
Moga Allah memelihara mereka
Moga Allah campakkan hidayah dan taufiq Nya.
Moga mereka dapat beramal

Semoga mereka menjadi anak yang SOLEH

Ameennnnn....

Dah nak umum pemenang.... tak sabarrrrrr

Kak Es dah nak tutup penyertaan pagi ni...

Tapi masih ramai yang buat entri .. so kak es lanjutkan sampai jam 6 petang ni je.
Lepas 6 petang kak es dah tak publish lagi ye penyertaan tu sebab

DAH TAK SABARRRR niiiiii

nak pilih pemenang !!!

Esok pengumuman peserta yang bertuah . Waktu pengumuman owhhhh...... rajin2 la cek ehhhh :P

Saturday, November 26, 2011

PERFUMES FARM CONTEST | Month November


I think this is the most cheerful pic with my cheerful husband and the kid?  aahh he's always like that. In a second he can turn from smiling to *bibir itik hehehe

I adore this Victoria Secret's perfume because I'm using this to attract my beloved husband :P
It makes me feel more feminine and attractive.

It's like orang ngantuk disorongkan bantal ( is there any phrase related in english )
a sleepy one being offered a pillow ~
inviting me to join this contest.

This bi-monthly contest will give you a chance (every two months) to win fabulous prize 
>>>  Fragrance Mist  <<<
with simple task !!


These are collection of Victoria Secret's

and it's not only perfume ... U can find all that you need like body butter, body cream, lotion and everything smells FRESH there ...

Come and join the site too..

CLICK ANY OF THE PICS TO JOIN !!




AZAM setiap tahun .... terlaksanakah ?

Hmmmm... dah nak tutup pun buku lama. Terlaksanakah azam yang dahulu ?
Ke sekadar azam je nak berubah , nak paki tudung, nak dengar cakap mak ayah , nak jadi isteri paling romantik
nak jadi ibu yang rajin ke dapur ... nak itu nak ini...


* Ke masih dibiarkan mahkota yang Allah kata simpan ( bertudung ) dan labuhkan hingga menutup dada itu ?
* Mak ayah nasihat masih lagi dengan perkataan .... aaahhhhh !!!
* Abang ! nak ke mana lagi !! ( nada masih tinggi cam tuuuu jugak )
* Hari ni kita makan nasi goreng mamak yeeee... ohhhhh!!

Sampai  bila ? tahun depan pulak ? lagi berapa tahun ?

Sesungguhnya setiap azam tu perlu disertakan dengan ILMU, USAHA dan ISTIQOMAH .
Dugaan pasti ada ... ingat senang nak dambakan syurgaNya .
Sesuatu yang mahal ... usaha pun kena cara mahallah.

Lepas ni banyakkan doa ye... sama-samalah kita :)

Jangan lupa baca doa akhir tahun selepas Asar SEBAB kata syaitan

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Lepas maghrib pula bacalah doa awal tahun


“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Kenduri Kahwin dan Joget ...

Adik kak Es dah selamat diijab kabulkan...
tinggal lagi nak tunggu time cuti ni kumpulkan sedara mara seantero dunia .. ( ye la, pak sedara kat Chicago pun balik mai huhu )

Ni la adik kak Es yang bongsu...dia sorang je lelaki.
My beloved abah and mak with pengantin yang selamat diijabkabulkan


Gambar kami 4 beradik bersama bonda terchenta
kak Es sebelah pengantin. kalo tak interprem cam tak sah la pulak hohoho


Kenduri kahwin ( walimatul urus ) dalam Islam sangat dituntut. Hatta jamuannya hanya secawan kopi bersama biskut 4 segi ( biskut kering ) ~ kak es kata..

Tapi Nabi kata :


  • Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)


Tujuan kenduri

1) Nak hebohkan bahawa mereka telah selamat diijab kabulkan

2) Gembirakan hati pengantin

3) Tanda kegembiraan ibu bapa yang anaknya sudah DEWASA.  ..  :D

Sebaik-baiknya buat di masjid dan dipukul rebana


  • Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)


* InsyaAllah majlis nanti abah dan mak Kak Es adakan dirumah untuk kumpul sanak saudara ( boleh diorang lepak2 kat situ ).

* rebana : tak sempat nak praktis ... nanti kita pasang lagu2 dendangan Maher Zain. Nasyid sekarang pun dah banyak untuk dijadikan halwa telinga .

Perkara penting yang kena dititikberatkan masa kenduri :


1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.
4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.

Ok.. syarat-syarat yang lain yang perlu tahu 

SYARAT WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG
i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.
ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya. ( belum bermusuh dengan sesiapa )
iii) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget (dan sewaktu dengannya)
iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.
vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera. ( fuhhhh!! kalo emas... selori pun tak cukup nak siapkan. dah tentu2 lepas makan simpan dalam beg .. )
vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram. ( dah sah kehalalannya )
viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja. ( kitaorang buat sehari jeee )
ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam. 

Dari mufti Melaka



Holiday pergi mana ??

Ramai dah mula gerak menikmati percutian bersama keluarga.

Pinjam dari google.


Seronok menghabiskan masa bersama-sama setelah berpenat lelah bekerja seharian

Paling-paling tidak pun balik kampung , spend masa bersama mak, abah dan adik-adik.

Kak Es pulak kali ni nak balik bercuti juga ... nak nak pulak adik yang bongsu kawen. Mak abah mesti nak kumpulkan seramai mungkin saudara mara yang jauh dan dekat. Lepas ni dah tak de kensuri kawen lagi, yang last buat besar2an sikit sebab nak mengeratkan lagi ukhuwwah. Kalau dah berjumpa tu ...macam2 cerita. Gelak tawa mesti riuh nanti

tak sabarnya nak balik kampung !!

Nanti kita update entry kawen-kawen ek * wink * wink 


GA silaturrahim


Newbie katanya dalam dunia berblog ni

Hadiahnya sangat istimewa .... Villa An-nur kat Kelantan
Kelantan !! nakkkkk 
Lama dah teringin nak g Kelantan

Kalau dapat boleh honeymmoon lagiii hahaha

Bestnyeeee... KLIK SINI @ gambo nak join

Ramai orang istimewa dalam hidup kak Es...

Salah sorangnya adik Kak Es

Nama manja yang family ja panggil : ADIK ODA
Panggilan utk kak es pulak opkos la kak long hehe
Referrer ( kak es tau GA ni dari ) : isWa

UCAPAN : Air dicincang takkan pernah putus. Begitulah kekuatan kasih sayang yang Allah campakkan di hati2 kita. Walau dalam apa jua keadaan dan dalam apa jua rintangan, kita tetap sama-sama saling kuat-memperkuatkan, ingat-mengingatkan .... semoga Allah memelihara kita ya dik :D

Kena tag dua orang kawan 

Kak Es nak tag semua yang rajin datang kat sini 


P/S : Referrer jangan lupa letak link kak Es ye ...sama2 kita sebarkan

Friday, November 25, 2011

ULAT TERBAIK ...

.

..

...

.....

Kak es asyik buat entry ulat jerr...

weh, ulat ni bukan sebarang ulat tauuuu!!

Ulat ni yang terbaeekkk



tak caye gi klik kat ulat tuuu..

nnti korang sampai ke sana korang tau la apasal terbaik!!

Diorang nak galakkan korang membaca , buku situ murah2 jer..

BESTTTT!!!!!

P/S : berkawan la ek dengan ulat tu...join site diorg. Klik je jadi kawan. Bagi support 



Thursday, November 24, 2011

GA dari kak Es tanda persahabatan


Kak Es berhajat nak buat Giveaway untuk you all semua
tanda persahabatan kita.

Ari tu dah berduet dengan Jiji...
kali ni nak solo pulak. Kot la Jiji pun nak juge Giveaway ni kannnn hehe

Senang je 

1) Jadi Follower ( untuk memudahkan tgk update hadiah tu kannn )

2) Buat satu entry dan letak banner blog kak es yang ini kat entry tu...


OKIES..tu je syarat2 nya. 

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ENTRY TU KAT KOMEN SINI YE

Hadiah-hadiah merupakan...

Jeng , jeng , jeeeennnggg 

.


..


....







 

Fridge Magnet ( My Kitchen )


Fridge Magnet ( Doughnuts )


Fridget Magnet ( Cakes )


Chumelll kann...

Pemilihan pemenang secara cabutan .

Tarikh tutup akan diberitahu kelak ...
Dah dekat2 nak tutup lagi sehari atau dua hari...
Kak Es kabo eh..

Ok... Entry ini merupakan entry melekat sepanjang GA contest ini diadakan


Sayang kamu ketat-ketat :D

Kena TOREH pun tak serik-serik


entry sebelum ni cerita tentang deliver baby secara normal..
gambaran sakitnya seperti 20 tulang dipatahkan serentak.

nak ceritakan betapa sakitnya nak bersalin.

Kalau bersalin operate camne...
Tetap sakit.

Cuba tengok !!
boleh imagine ??

hmmmm...
sebab tu ganjaran pun bukan sedikit...

Maha Agungnya Allah
Lepas bersalin masih kuat ibu itu menguruskan anaknya 
macam dia tak pernah sakit punnn.

Lepas tu pun masih tak serik2 untuk bersalin lagi
walaupun ibu tu tahu , proses tu sangat menyakitkan

Begitulah besarnya kasih sayang yang Allah campakkan ke dalam hati ibu.

Kasih Allah pula bagaimana? Jauhhh lebih besar. Sebab tu apa yang Dia suruh, ikutlah dan taatlah tanpa banyak persoalan ... boleh tak ?


Elliminate emo..let it fly


Hidup kita kena sokmo positif .
Jika selalu kita fikirkan positif, positiflah jadinya. Macam doa la jugak. Bercakap, fikir tu semua kan apart of do'a.

Sebab tu kalau marah anak jangan sekali-kali cakap yang tak elok kat dia...

" Apasal la bo*oh sangat...macam tu pun tak gheti2 nak buat? "

" Ishhh , nakal nya budak niiiii " sambil tangan mencubit2 peha yang kental itu.

" Eh ! tak de otak ke? tak fikir nak buat itu ini "


Bila anak tu makin menjadi bodoh akibat dari cakap2 kita...makin kita geram dan cakap lagi yang tak elok.

Marah tak salah tapi jangan sampai terkeluar perkataan2 yang negatif tu.

 Binalah anak2 akhirat, bukan untuk dunia. Jika kita cari akhirat, Insya Allah dunia akan ikut kita. Jadikan ucapan syurga neraka, redha Allah, dosa pahala sebagai ucapan lazim di mulut.


~Enjoy your life with all great things~ 

TAK SABAR RASANYA NAK RELEASE HADIAH NI...



 Kak Es nak cepat2kan tamat contest ni ...
 Boleh ?

 Dah tak sabar rasanya nak release hadiah kat you all.

Okey ... HARI ISNIN adalah HARI TERAKHIR untuk

  GA TANDA PERSAHABATAN


Hari Selasa pengumuman untuk peserta bertuah.
Next pastu kak Es terus pos untuk pemenangnya k...

Harap lepas tu persahabatan kita berterusan dan berkekalan walaupun di alam cyber.
Sentiasa saling ingat mengingati dan berkongsi cerita ok....


Wednesday, November 23, 2011

Deliver ... bukan delivery Pizza Hut




Biasanya bila perempuan mengandung kiraannya dalam minggu.
Sampai tempoh 40 minggu tu kira dah cukup matang lah baby ... sampai ada yang keluar, kulit dah kedut2 sebab lama sangat dok dalam air ketuban.

Setakat ni Kak Es 36 dan 37 minggu diorang dah tak sabar2 dah nak kluar...
Nak jumpa semua yang menyayangi mereka kat luar ni.
Harap2 kali ni pun macam tu jugak....dah terasa berat ni even baru 24 minggu...
Lambat lagi tuuuu 

Nak buat canne kalau dah tak sakit nak keluar kannnn..
syok agaknya dok dalam tu hehehe empuk dan selesa...

Nak2 kalau umi/ibunya sokmo 
membelai perut ,
sambil bercakap2,
pakai pakaian yang longgar ( of coz baby comfort kalau nak compare mommy yg pakai jeans ketat , ada yang sanggup berbengkung ttak nak kasi nampak perut yang membelon )
selalu mengalunkan al Quran ( kalau tak sempat baca, buka je CD ke, youtube ke )
mendengarkan muzik mozart juga digalakkan
makan makanan yang berkhasiat...



tapi bila dah sampai masa untuk keluarkan si anak ...

Sakitnya hanya Allah je yang tahu....
bukan saje si ibu ,
anak pun sama2 berjuang.
 nak lonjakkan dirinya keluar ...
cam ni..



kalau dah lepas kepala dan bahu ...
Alhamdulillah proses semakin mudah .

Tapi kesakitan semasa proses itu akan hilang tiba2 setelah terpandang wajahnya yang sangat suci dan kudus




P/S : Orang perempuan sangat KUAT kannn :D

Gaduh-gaduh tu tanda SAYANG


Kakak jatuh... tgk la seluar bahagian lutut dah koyak tu


Abang ngan adik ni selalu je gaduh2..
pastu si kakak asyik terjerit2 kena sakat dengan abang-abang dan termasuk adik lelakinya..

Hari tu time kitaorang jenjalan makan angin
anak2 main kejar2.. biasa la tuuu

sekali kakak terjatuh atas jalan tar tuuuu...
Kak es kan tengah perut besar so jauhhhh la ketinggalan kat belakang tu.
Abang-abang dengan pantas memberi bantuan kecemasan ...
Kakak ngadu sakit lutut dia
Si along pun offer akak suruh capuk belakang ( org kedah kata kok kong )
Terharuuuu...

Tiba2 kak es rasa ...ohhhhh anakku !
Gaduh2 tu tanda sayang la selama ni 

Ok lepas ni boleh gaduh2 umi tak kesahhh dah