Pages

Saturday, July 28, 2012

Semalam Western

Semalam anak-anak request nak jadi omputih.
Kena lak ... orang melayu yang pantang tak makan nasi takde ( abi diorang la ! ) so kami apalagi ... naik tocang la.. hahaha

Kak Es dapat panggilan dari hubby dah lewat petang.

"Abang tak dapat berbuka kat rumah .. kena ikut kapal gi anchorage " Owhhhh

Ok ! Nak makan apa ? Abi buka puasa atas kapal.

Makan spaghetti laaaaa ... terjerit pulak kanak-kanak ribena ni. Diorang dah jemu layan nasi.

Umi dengan sepantas kilat pegi AYAMAS yang terletak sebelah hidung ni ( dekat ) . Terus capai sos Prego , spaghetti , mushroom ...ok dah. pejam mata jangan pandang ayam golek yang tergolek depan mata.. bau dia jangan cerita la , bisa membuatkan perut bermuzik !!

Dah bayar ...kaki laju melangkah tak nak beli apa2 lagi. Lagi 2 langkah nak capai pintu , tangan ni tercapai la pulak Sunquick Blackcurrent . Ishhh jahat betul la ! keh keh keh
Patahhh balik gi bayar... isk isk isk nafsu, nafsu....

Sampai rumah terus bersilat tak sampai 30 minit semua dah siap !!
Buat spaghetti sangat la mudah kannnn...

Bahan :

500 g spaghetti ( kak Es pakai fettucine , biasanya beli yang paling halus tu ... )
- rebus je sampai lembut . Masa rebus tu masukkan garam dan minyak. Kalau tak nanti tawar. Minyak tu taknak kasi melekat.

Bawang besar 1 labu ( kak Es letak 2 labu sebab anak2 suka bawang )
Halia
- dihiris dan di tumis hingga wangi

Masukkan ayam kisar
Tuang sos Prego
Tambahkan sedikit air ( kak Es sukat air tu guna botol Prego tadi sebab nak ambil baki yang melekat kat botol tu .. letak je 3/4 botol air nak kasi daging tadi sebati )
Dah agak2 nak mendidih masukkan cendawan yang dalam tin tadi yang dah siap di hiris
Batang selery ( anak2 suka batang ni kalau masak apa pun terutama nasi goreng. )

Perasakan dengan garam .

* kalau nak ada rasa hauuuuu , tambah serbuk lada putih ... mabeles !

Memang kejap je.

Dah siap !
Cuci mulut dengan bingka susu semalam yang masih berbaki :)

2 comments:

doc said...

ESSERE UN ITALIANO OGGI

azieazah said...

Spagheti??
oh terujanya nak rasaa. Harus nak cuba buat juga. Kami pun sama, baru 1
kali jer buka lain dari nasi, hari-hari lain wajib nasi sbb MyToklaki
pun perut Melayu nasi memanjang.

ohhh spagheti tu terasa-rasa keenakannya!