Pages

Sunday, July 29, 2012

Labu Oh Labu



Labu adalah antara makanan favourite Nabi.
Malangnya anak2 kak Es tak suka makan labu. Puas ku memikirin bagaimana harus ku paksa anak2 ini makan labu ini..

Puas la Kak Es tanya Encik Google macamana nak solve masalah ini sebab kak Es dan suami sangat suka labu tapi kalau tak berebut dengan anak2 macam tak happening je kat dapur tu....

Maka ahkak taip lah Pumpkin Dapur Tanpa Sempadan ... biasanya memang gitu lah.

Alkisah Dapur Tanpa Sempadan itu memaparkan Savory Pumpkin Pancake . Aishhhh!! Ini sudah bagus sebab bahan-bahan pun bisa membuka selera anak2.

Jom Kak Es share kat sini resepi tu. Che Mat .... tumpang ya :)


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram labu manis, rebus empuk dan lecek halus
1 keping daging burger ayam jenama "Ramly", dilecek ( ahkak guna daging kisar )
1 biji saiz sederhana bawang holland, cincang halus ( bawang besar biasa je yang ada kat dapur )
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus ( cili hijau sebab anak-anak tak nak pedas cili )
1 pokok daun bawang hiris halus ( letak daun sup sebab tu je yang ada )
1 camca besar mentega, dicairkan
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio" ( kat rumah ada serbuk lada putih )
3/4 cawan tepung gandum
1 camca besar baking powder ( yang ni tak letak sebab tak de )
1/2 cawan susu segar @ santan @ air
Secubit garam, jika perlu
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan diatas kecuali sos, kacau rata dan rehatkan 10 minit. Panaskan kuali non-stick, lenser dengan sedikit minyak, dan letak 1 senduk, kurang lebih 1/2 cawan dan masak dengan api perlahan, bila permukaan kelihatan kering, berhati2 terbalikkan, masak hingga kuning keemasan.
Angkat dan buat hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran anda...Selamat mencuba

Derhaka tahap ringan2 je sebab barang tak cukup hehehe


Alhasil pancake kak Es ni memang la tak secantik dan seseni CMG. Kak Es puya pancake dah macam telur dadar.... hahaha

Tapi rasanya....uhhhh yummmmyyyy. Kalau tak caya , cubalah !!


** OOOooopppss !! Anak-anak dah tak fobia labu. Makan berebut macam piranha. Sedap cicah sos.



Published with Blogger-droid v2.0.6

1 comments:

doc said...

hentam saja lah Labu...

:)