Monday, July 30, 2012
Bunuh Diri di Bulan Ramadhan
Kak Es tak nak komen selagi siasatan belum selesai.
Tapi bersetuju dengan pandangan Bro ni ( klik utk baca pandangan beliau ) mustahil dia bunuh diri di bulan penuh Barakah ini. Nak nak pula ada anak kecil yang sangat comel :(
Sunday, July 29, 2012
Labu Oh Labu
Labu adalah antara makanan favourite Nabi.
Malangnya anak2 kak Es tak suka makan labu. Puas ku memikirin bagaimana harus ku paksa anak2 ini makan labu ini..
Puas la Kak Es tanya Encik Google macamana nak solve masalah ini sebab kak Es dan suami sangat suka labu tapi kalau tak berebut dengan anak2 macam tak happening je kat dapur tu....
Maka ahkak taip lah Pumpkin Dapur Tanpa Sempadan ... biasanya memang gitu lah.
Alkisah Dapur Tanpa Sempadan itu memaparkan Savory Pumpkin Pancake . Aishhhh!! Ini sudah bagus sebab bahan-bahan pun bisa membuka selera anak2.
Jom Kak Es share kat sini resepi tu. Che Mat .... tumpang ya :)
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram labu manis, rebus empuk dan lecek halus
1 keping daging burger ayam jenama "Ramly", dilecek ( ahkak guna daging kisar )
1 biji saiz sederhana bawang holland, cincang halus ( bawang besar biasa je yang ada kat dapur )
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus ( cili hijau sebab anak-anak tak nak pedas cili )
1 pokok daun bawang hiris halus ( letak daun sup sebab tu je yang ada )
1 camca besar mentega, dicairkan
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio" ( kat rumah ada serbuk lada putih )
3/4 cawan tepung gandum
1 camca besar baking powder ( yang ni tak letak sebab tak de )
1/2 cawan susu segar @ santan @ air
Secubit garam, jika perlu
Sos kegemaran
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan diatas kecuali sos, kacau rata dan rehatkan 10 minit. Panaskan kuali non-stick, lenser dengan sedikit minyak, dan letak 1 senduk, kurang lebih 1/2 cawan dan masak dengan api perlahan, bila permukaan kelihatan kering, berhati2 terbalikkan, masak hingga kuning keemasan.
Angkat dan buat hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran anda...Selamat mencuba
Derhaka tahap ringan2 je sebab barang tak cukup hehehe
Alhasil pancake kak Es ni memang la tak secantik dan seseni CMG. Kak Es puya pancake dah macam telur dadar.... hahaha
Tapi rasanya....uhhhh yummmmyyyy. Kalau tak caya , cubalah !!
** OOOooopppss !! Anak-anak dah tak fobia labu. Makan berebut macam piranha. Sedap cicah sos.
Saturday, July 28, 2012
Semalam Western
Kena lak ... orang melayu yang pantang tak makan nasi takde ( abi diorang la ! ) so kami apalagi ... naik tocang la.. hahaha
Kak Es dapat panggilan dari hubby dah lewat petang.
"Abang tak dapat berbuka kat rumah .. kena ikut kapal gi anchorage " Owhhhh
Ok ! Nak makan apa ? Abi buka puasa atas kapal.
Makan spaghetti laaaaa ... terjerit pulak kanak-kanak ribena ni. Diorang dah jemu layan nasi.
Umi dengan sepantas kilat pegi AYAMAS yang terletak sebelah hidung ni ( dekat ) . Terus capai sos Prego , spaghetti , mushroom ...ok dah. pejam mata jangan pandang ayam golek yang tergolek depan mata.. bau dia jangan cerita la , bisa membuatkan perut bermuzik !!
Dah bayar ...kaki laju melangkah tak nak beli apa2 lagi. Lagi 2 langkah nak capai pintu , tangan ni tercapai la pulak Sunquick Blackcurrent . Ishhh jahat betul la ! keh keh keh
Patahhh balik gi bayar... isk isk isk nafsu, nafsu....
Sampai rumah terus bersilat tak sampai 30 minit semua dah siap !!
Buat spaghetti sangat la mudah kannnn...
Bahan :
500 g spaghetti ( kak Es pakai fettucine , biasanya beli yang paling halus tu ... )
- rebus je sampai lembut . Masa rebus tu masukkan garam dan minyak. Kalau tak nanti tawar. Minyak tu taknak kasi melekat.
Bawang besar 1 labu ( kak Es letak 2 labu sebab anak2 suka bawang )
Halia
- dihiris dan di tumis hingga wangi
Masukkan ayam kisar
Tuang sos Prego
Tambahkan sedikit air ( kak Es sukat air tu guna botol Prego tadi sebab nak ambil baki yang melekat kat botol tu .. letak je 3/4 botol air nak kasi daging tadi sebati )
Dah agak2 nak mendidih masukkan cendawan yang dalam tin tadi yang dah siap di hiris
Batang selery ( anak2 suka batang ni kalau masak apa pun terutama nasi goreng. )
Perasakan dengan garam .
* kalau nak ada rasa hauuuuu , tambah serbuk lada putih ... mabeles !
Memang kejap je.
Dah siap !
Cuci mulut dengan bingka susu semalam yang masih berbaki :)
Thursday, July 26, 2012
4 perkara Di bulan RAMADHAN
Tazkirah selepas tarawikh semalam ustaz remind supaya jangan ditinggal 4 perkara ini.
* perbaharui iman dengan banyak mengucapkan syahadah
*perbanyakkan istighfar mohon keampunan
* minta sungguh2 jangan tersangkut di neraka sebab nak ke syurga kena lintas neraka dulu
* minta sungguh2 nakkan syurga Allah
Ramadhan bulan penuh berkat jadi jangan terlepas peluang yang datang setahun sekali ini. Kita tak tahu boleh bjumpa lagi atau tidak Ramadhan tahun depan.
Sekadar berkongsi peringatan.
Wednesday, July 25, 2012
Terima Kasih Banyak-banyak
Sungguh terharu...
Terima kasih banyak2 atas sokongan rakan-rakan blogger yang bertandang. Kak Es pun dapat tahu masalah dengan blog Kak Es ni dari Adish Shida si kakakecik
Alhamdulillah Dr. Blog dah tolong atasi masalah ini...
Sebab tu lah mood dah ke laut nak update masa bermasalah tu. Bila dah sembuh, rupa-rupanya masih terbawa dengan mood tu lagi huhu..
Tapi bila dah kerinduan ni... akan ku kuatkan semangat untuk mencoret disini. Moga tidaklah terputus hubungan mesra dengan bloggers sayammm..
Jom jimat
Ada baby ni memang banyak belanja. Kita kena pandai-pandai adjust mana2 yang patut.
Baju saiz newborn tu tak yah beli banyak. Kejap je baby beso. Dah masuk 2 bulan, sah2 baju tu dah tak boleh pakai.
Ok, kak es guna cloth diaper (CD) untuk lampin baby. Memang worth it. Kena rajin la sket...basuh!
Dulu2 berkemutih mak2 sidai kain lampin kaaann.. Sekarang dah kalerpul :)
Selain dari jimat, pengurangan lampin pakai buang juga dapat menyelamatkan alam sekitar. Sebab nak lupuskan lampin pakai buang (plastik) ambil masa 450 tahun.
Apa pun kak es pakai juga yang pakai buang tu...bila keluar jalan2.
Kalau dulu sebulan 2 packs beso tu...sekarang 1 pack boleh tahan lebih kurang 2 bulan... BRAVO!
Jenama yg jadi pilihan yg kat atas tu sebab velcro tape, so tak de ode berbekas kulit peha baby tu..ciannn. Jenama lain tu , nak2 yang dah establish memang mahal..RM30 ke atas. Dulu masa Huggies mula2 klua, murah...cam Whoopee ni juga la. Ni dah lama sket..aaiisshh sayang duit.
Whoopee ini memang ok even baru..sebab masih murah lagi. Tunggu la setahun dua lagi, sure mahal gak...
Mana yang boleh jimat, kita jimatlah ekk
Monday, July 23, 2012
Susahnya puasa
Susah ke kalau menyusu baby sedangkan kita berpuasa?
Cukup ke baby nak nyusu? Ibu tak letih ke?
Kalau makan banyak pastu minum banyak...paling kena banyak, DOA banyak2. Insya Allah susu walaupun tak banyak, tapi anak tak meragam.
Berbuka pula banyakkan minum air suam. Makan kurma jangan lupa tau (",