Pages

Tuesday, May 29, 2012

PELIK

Pelik Kak Es bila orang cakap tentang Breastfeeding ada yang buat geli2.
Bila kat public ada ibu menyusukan anaknya .... even anak tu dibawah tudung ibu ( tak terdedah pun dada si ibu) macam jakun pulak orang pandang. Salah ke??

Yang lalu lalang memakai pakain terdedah dada...singkat di peha .... tersengih2 pula diorang tengok.

Apa yang nak dipelikkan si ibu itu menyusukan anaknya. Anak yang disusu itu lapar... memerlukan makanan. Makanan yang diminta itu bukanlah jajan. Tetapi makanan TERBAIK yang tiada tandingan. Makanan yang terhasil dari darah si ibu.

Ada yang cakap bagi je botol . Tak yah la menyusu di khalayak begitu ?? Ishh ishh isshh... kalau dah tersedia yang natural dengan kepanasan yang sangat selesa untuk si kecil...buat apa nak susah2 bagi yang botol. Lagi pun si kecil itu menyusu di bawah tudung ibunya.

Kalaulah kalian tahu betapa berkhasiatnya susu ibu yang tiada tolok banding ini....maka berebut2 orang nak minta beli susu ibu dengan harga yang sangat tinggi. Kalau tidak, takkan Allah suruh anak itu disusukan sehingga 2 tahun.


Siapa tak nak anak yang sihat , ceria dan aktif :)

1 comments:

Rai said...

kak es,
memang ramai yg keliru dengan kebaikan susu ibu..ramai yg masih lagi dok sangka yang susu formula lebih baik..tak tau yg sebenarnya susu formula tu yang dok tiru susu ibu..