Pages

Monday, September 3, 2012

Kembali kepada Nya

Akan sampai masa kita jua ..

Entah kan bila .. bersediakah kita menghadapi saat nyawa dicabut ?

Sakitkah ?

Apalagi yang kita harapkan selain dari kesudahan yang baik.
Biarlah mati kita dalam keadaan Husnul Khatimah

Tokayah telah dipanggil oleh Rabbnya pada 1hb September baru ni. Beliau berumur 86 tahun dan telah uzur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sepanjang hidupnya , beliau telah berkongsi ilmu dengan anak2 muridnya , mengajar mengaji dan banyak kitab2 beliau di rumah untuk rujukan. Seorang yang sukakan ilmu dan banyak mengaji.

Walaupun dalam keadaan uzur dan tidak dapat melihat , beliau tetap mengerjakan solat. Berpuasa hampir sepanjang tahun dengan niat untuk topup puasanya ketika muda2 dahulu...masyaAllah.

Harap semangat beliau dapat juga diwarisi kepada anak cucu cicit ini.

Alhamdulillah kami sempat meraikan Aidilfitri bersama. Kak Es juga sempat mohon ampun dan maaf. Sempat juga menyuapkan nasi ke mulut beliau. Masih sempat juga menatap wajah tuanya ketika itu. Menyapukan air yang keluar dari matanya...

Cumanya agak terkilan kerana tak dapat pulang untuk mengiringi jenazahnya ke perkuburan... Al Fatihah untuk Tok ayah Hj. Shafie B. Hj. Ibrahim


Gambar terakhir ketika raya ...

Moga kita semua di matikan dalam husnul khatimah


هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Hablii hukmaw wa al hiqniy bish shoolihiin

“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh” (Q.S. Asy-Sy’araa: 83)

اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك

Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika

“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnus Sunny)

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”



Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)



Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)

Bersedia atau tidak....masa kita pasti akan tiba.








Saturday, September 1, 2012

Segmen : Bloglist September 2012 by EYFAalias


Terajin menjoin segmen yang dah lama tak join.
Nak join dan berada dalam blog list beliau ... klik je kat header yg pink yg santekk di atas :)

tak tau ...
Ha ! klik SINI je

Nanti sampai kat blog eyfa



Produk Muslim TERBAIK

Alkisahnya hari ni mood teringin nak makan sardin dalam tin ( dah tau dah korang marah sbb tak baik utk kesihatan )
Dah lama dah tak makan. Tadi terbau pulak jiran belakang masak sardin ( pasal tu la kalau masak apa2 kena bagi jiran kannn.. sib baik jiran tak ngandung :P )

Lalu lah kat deretan kedai kawasan Taman Bukit Dahlia. Ada 2 kedai menjual moslem products . Tapi kak Es berkenan kat kedai satu ni. Murah senyuman .. tak moody :)

Masuk je nak cari sardin ... terjumpa pulak yang ini.



Spaghetti tu dari Turki , tuan kedai tu memang suka merantau dan dia very sure this brand made by moslem.

Kena pulak tinggal sebungkus ja hair spaghetti ni, jenis lain pun ada... tapi anak2 suka makan yang ini. So rembat la satu.
Cari lagi sardin ... ooopppss, ku terpandang perencah HILAL yang dah lama habis dalam stok dan bonda ku pun dah lupa nak pos, apa lagi rembat satu lagi....

ishhh...mana la sardin ni..
owhhh...lagi ku terpandang mee sanggul yang sudah lama dicari. Kat tesco ada tapi plastik memang takde tulis BM .. semuanya tulis cha ya nun alip

Apalagi.....ku rembat lagi satu..eh ! tak cukup .. tambah sebungkus lagi ..

Haaaa... baru la ternampak sardin cap Agro . Tak sempat nak snap dah selamatttt dah.

Apa daaaa....letak sardin dicelah2 tempat yang susah nak nampak.
Lain pulak yang dirembat. Sebab tu la en. somi suka teman kan.
kalau cakap nak beli sekian2 .. pastu pi ambik benda yang takde dlm list ..
maka berdehem2 lah dia 2 3 kali.

Tapi kannn ( nak juga membela diri ) ..
ibu2 ini kalau beli tu memang bukan sia2.
Ada je gunanya.. mana tahu kan in case orang datang rumah
" Yang , ada apa2 tak boleh masak kat kawan abang ni ?"
Ha !! kaannnn...

Nak cerita pasal shopping tadi tak abis lagi 
dah terjebak cerita pembelaan diri pulak.

Dah sampai kaunter nak bayar ,
nampak pulak benda ni


Al Baraka ni jenama bagi minyak Habatussauda' . Kak es amalkan sejak dalam pantang. Alhamdulillah susu banyak. Anak pun susah nak kena kembung.

Satu lagi tu , baru start nak amalkan. Virgin olive oil .. ( virgin gitu )
dulu pernah juga minum sesudu tp ... aarrghhh nama pun minum minyak...kembang tekak. Ni dah terjumpa dalam bentuk soft gel , apalagi terus rembat.

Semua ni ada effect yang baik untuk baby ( nak selamatkan diri lagi ! ) yang menyusu selain dari amalkan minum madu.
Kalau untuk baby .. hubby susah la nak kata tak boleh hehehe

Kalau ikutkan kena makan 1 biji 3 kali sehari..
tapi takut la pulak botak kepala ( sebab agak mahal jugak la kalau ikut dosage dia kannn )
kak es makan 1 biji 1 kali. 
Even sikit tapi kalau istiqomah...insya Allah akan nampak kesan :)