Pages

Friday, August 31, 2012

Gambar HARI RAYA 2012

Raya dah nak abis..
 Ehem , ehem...

Johor belum habis lagi. So mood raya tu masih terasa ... Esok kitaorang ada jemputan open house lagi :)
Raya tahun ni .. giliran Kak Es sambut di sebelah keluarga Kak Es di Kedah
Disebabkan kami ni dok Johor , nak ke Kedah tu merentas Perak... nak tak nak singgah sekejap di Perak.
Tak pe laaa..asalkan raya 1st tu kat Kedah..

Apasal eh nak berebut2 ...?
Korang tak kesah ?

Ohhhh.. ahkak sangat kesah!
Siap sign MOU lagi nak beraya ni. Kalau tak memang naik lesung batu pinggan mangkuk semua. TiPU je. Tak baik tau gaduh .. tapi kalau tarik muka 14 tu , Biasa la!!

Sampai Kedah petang last puasa .. sempat lagi berbuka dengan mak & abah & adik2
Sempat lagi request abah belikan buah tembikai nak buat air tembikai.

Entah berapa jenis air terhidang .. tp sebabkan ramaiii. Semuanya BO LIAO
Malam Raya seperti tahun2 sebelumnya kami ( kak es skip selang setahun sebab raya balik ikut turn ) mengadakan bacaan tahlil sempena mengingati ahli2 keluarga yang telah meninggal dunia. Menghadiahkan bacaan2 ayat suci dari keturunan mereka moga doa2 kami dimakbulkan. Moga mereka tahu yang kami tetap mengingati mereka walaupun mereka sudah tiada bersama kami di sini.
Harapan Kak Es ..moga anak2 dan zuriat kak Es kelak akan melakukan perkara yang sama. Pada masa kita di alam sana ...pastin kita sangat memerlukan doa2 dari zuriat kita kann.

Setelah bertahlil , abah bagi chance untuk semua diantara kami bersuara kot ada yang tak puas hati ke , marah ka , makanan tak cukup ka, sebab lepas tu acara bermaafan pulak.

Layan je gamabar2 ni ....


Takbir dikumandangkan secara bergilir2... bukan ayah je , anak lelaki pun diberi peluang bertakbir.

Sebelum nak ikut tu muka macam terpaksa je... nak buat baik memang kena paksa..
Lepas tu diorang yang SUKA :)

Girls team ...
I follooowwww


Masing-masing menghayati alunan takbir .... ada juga yang nak jadi tekong kat tengah tu

Anak2 kecil pun join sama walaupun budak joho tu demam sebab jalan jauh :'(
Nenek pun tak lepaskan peluang


DUIT RAYA TIME !!

Sapa nak duit ...silakan beratur
untuk anak2 je eh ! eh ! Mak anak pun sesat gak



Jangan kasi ibu tau duit ni ... keh keh keh



Eh ! Eh ! Mak budak sorang lagi ambik kesempatan :P


Bersalam salaman dan bermaaf-maafan

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI dari KAK ES & KELUARGA

My LOVEs

My Family


Keluarga besar Kak Es :)







Wednesday, August 29, 2012

MINTA TOLONG

Kak Es tahu sangat yang rakyat Malaysia ni sangat prihatin

Pantang dengar ada orang susah
Pantang dengar ada orang minta tolong

Cepat je sampai pertolongan ....
Bangga daku menjadi rakyat Malaysia

Tolong Kak Es klik SINI
Pastu klik LIKE kat page tu yeeee..

TERIMA KASIH DAUN KELADI
HAMBA SUNGGUH TERHUTANG BUDI


Nah sejambak hati :))

Tuesday, August 28, 2012

Lin Handmade Greetings Card Aug 2012 Blog Giveaway

Merajinkan diri join Give away .
Pemilik blog ni macam Asmarian tapi... tak perasan sangat la. iye ke idak.

Anyway, hadiahnya memang menarik even simple tapi bagi yang suka berkreativiti ... boleh la kot2 ada rezqi kannn.

Boleh klik Gambar ni kalau nak join


Syarat pun mudah je. LIKE je mana2 yang patut.
Jangan TAMAK hantar banyak2 nanti kena kick ...

Ok jom join

Monday, August 27, 2012

6 bulan minum susu sahaja

Enam bulan tuuu
lamanyaaaa...

boleh ke dia hidup hanya dengan minum susu selama itu ?
Tak tinggal kulit dengan tulang ke?

Kesiannnnnnyaaa...

Kesian la kat mereka yang kesian kan baby tu ...
Tengok ni !!






Dah nak masuk 6 bulan tak sampai 2 minggu lagi ...
Bukan kata kulit dengan tulang ... tulang pun tak tau kat mana.Puas dipicit2 nak cari tulang, tapi tak juga jumpa2..

Alhamdulillah berkat kesabaran dan sokongan hubby
kak Es berjaya juga bagi EXCLUSIVE BF (breastfeeding) kat si montel ni. Memang tak campur any solid food or formula milk.
Berbaloi rasanya Allah kurniakan breast even bagi sesetengah orang hanya nampak benda tu sebagai object sex dan perhiasan sahaja.
IYEEEE!!!! ramai yang tak nak bagi susu kat anak takut tetek melayut. Sampaikan ada yang tergamak cakap sape nyusukan anak tetek melayut sampai lutut.
Otak dia agaknya kat lutut tu. AWAS !! bila nak bercakap tolong buat research dulu. Kenapa datang ayat Quran minta anak disusukan hingga 2 tahun ??
Tak de faedah ke susu ibu ?
Hello !! sampai bila boleh tegang ok . Hak anak jangan ditidakkan ye....

Kak Es mohon bagi bakal-bakal ibu , ibu yang mengandung , ibu yang tengah dalam pantang yang dah nak dekat give up ... kuatkan semangat, betulkan niat untuk susukan anak. Doa banyak2 moga2 kalian antara yang terpilih untuk menyusukan anak.

Setiap anggota yang diciptakan Allah bukanlah sia2...


Friday, August 17, 2012

Kesesakan 300%

Kak es sekeluarga dah bertolak.
Dikatakan kesesakan meningkat 300%
Memang feeling abis balik kampung..
Moga dipermudahkan buat kami

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 16, 2012

Balik Kampung


Bagi yang dah mula gerak untuk pulang ke pangkuan keluarga , 
hati-hati di jaalanraya.

Jarakkan kenderaan
Jangan tercabar dengan kelajuan orang lain
Ingatlah nyawa-nyawa yang ada didalam kereta

Kalau mengantuk 
STOP dulu
rehat kejap...

Baca doa ini minta Allah pelihara 





Wednesday, August 15, 2012

Doa Akhir Ramadhan

Kita dah masuk fasa akhir Ramadhan. Cepatnya berlalu meninggalkan kita.
Tak tahu lah tahun depan ada rezqi lagi tak nak jumpa Ramadhan.

Apa yang patut mulut dan hati kita zikirkan saat2 ini ...

Sumber Google


Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan;

“Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatul-Qadar (malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan?’ Jawab Rasulullah; ‘Kamu bacalah doa (yg bermaksud); “Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hamba-Mu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku).”

[Riwayat Imam at-Tirmizi]

Makan mewah

Kalau makan kat hotel mesti teringat kat mereka ini




Makanan kat hotel sangat mewah.
Pelbagai jenis makanan yang terhidang ...
Kukus, panggang , grill macam iklan masterchef lak , goreng , rebus
Ikan , daging , mee , roti haisshhh
Macam-macam ada..

Kalau lah boleh dibawa balik yang banyak2 tu .. boleh la sedekah2 kat orang susah
Kak Es pun tak pasti ... yang lebihan kalau tak abis tu diorang buat apa.
Takkan pekerja makan sampai licin kot.

Nak kata untung ..memang sangat untung kalau satu kepala RM50++
Tapi kalau sekadar berbuka puasa ... banyak mana sangat yang orang boleh makan kan ?
Betul la RM50++ boleh makan sebanyak mana yang kita nak ... tapi takkan nak makan sampai pecah perut.

Entah la ...

Hari ni berbuka di hotel
Best sebab tak perlu masak dan mengemas :P
Setiap kali nak berbuka di luar kak Es pesan pada anak2 ... ambil sikit2 je
kalau tak cukup tambah.. jangan ambil banyak tapi makan tak habis.

Kalau lah yang lebihan belum disentuh orang tu boleh dibawa balik... seronok juga. Boleh cari mana2 NGO yang rajin buat program kebajikan standby je edarkan kat orang yang berbuka dengan nasi dan ikan masin.
Korang jangan ingat takde...ramai yang macam tu.


Patah Kaki


Ehsan ~ Google

Apa perasaan kalau dah hilang sebelah kaki ?
Sedih ?
Sayu ?
Nak marah ?

Macam tu la kak es rasa ...
Sedih bila semua orang buat persiapan raya , disebabkan patah kaki takde kereta ... kitaorang melongo je kat rumah.
Nak kemas2 pun takde mood. Bila kemas pastu nak keluar beli barang ... alamak! kete takde. Terpaksa la tunggu hubby yang baliknya tak tentu waktu tu. Kadang dah nak dekat berbuka baru dia sampai.

Sayu ... sayu sangat teringat kat kampung. Nama pun hari raya fitrah ... nak balik la ke kampung sementelah masih ada mak dan abah. Walaupun singgah rumah MIL tapi hati ni dah meloncat2 dok kampung sendiri. Tak boleh la tak balik kampung MIL ...dah lalu situ , singgah je. Nanti anak2 lelaki kak es kahwin , buat tak kesah sebab isteri diorang ajak terus balik rumah mak diorang je ...canne? Mesti sedih kannn..

Nak marah ... kalaulah mamat India yang hantam kereta kitaorang ni kena kat dia time Deepavali , baru dia tau macamana la rasanya kemarahan yang meluap2 ni. Nasib baik bulan Ramadhan ... takde la nak meledak sangat rasa marah ni

Tuesday, August 14, 2012

Bukan nak ubah wajah

Dah sampai masa kulit yang tegang akan menjadi kedut ,
Tang mana cekang akan jadi kendur ..

Fitrah laaa kan.. kita manusia biasa. Begitulah seadanya ..

tapi kalau dah naik jeragat , yang tu kena la rawat takut jadi kanser kulit pulak dah.
Bukan nak ubah ciptaan Allah tapi nak menjaga pemberiannya. Nak meng-enhance-kan yang sedia ada. Tak pakai botox pun hehehe ...

Korang cari produk kecantikan berdasarkan apa ?
Dah berlonggok2 produk kat pasaran.
Yang jadikan orang yang sedia cantik sebagai duta pun berlambak. Ntah2 orang tu tak pakai pun. Lagi pun kebanyakan duta sebelum ada produk tu , kulit dia dah memang sedia santekkk... camne tu nak tahu keberkesanan ?

Kak Es sejak mencerminkan diri dah nampak macam ada tanda2 nak keluar jeragat huhuhu...sangat sedih kerana kulit terbiar dipanah UV . Tak elok tu.
Dah pernah guna macam2 produk.. tapi satu pun tak tahan lama. Awal pakai ok, pastu mula la jadi perit dan gatal2..bila tanya orang jual ... " healing process kak "
Macam tak boleh terima pun ada.

Hmmmm..last2 buat survey sendiri.
Ikut kata hati.

Tapi memang banyak bertanya lah dengan EN. GOOGLE


Terus yakin nak pakai bila banyak NO 

Simple pulak tu ...

Paling penting ada ini HALAL !..

Kita ikhtiar cari yang terbaik...keputusannya dr Allah jua




Monday, August 13, 2012

Kemelut Rumahtangga

Nasihat ini sangat menyentuh hati...
Terima kasih kepada si pemberi nasihat :)


Jangan anggap perceraian sebagai jalan keluar. Percayalah bahawa kebanyakan krisis masih ada jalan perdamaian. Cerai dan Talak adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Malah bergegarnya tiang Arasy apabila isteri meminta cerai daripada suaminya.

Menjadi ibu tunggal tidak semudah kata-kata. Peranan suami masih diperlukan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Anak lelaki terutamanya, memerlukan 'male figure' untuk mengawasi dan mendisiplinkan mereka, dan peranan ini hanya boleh dimainkan oleh ayah. Sebenarnya, tidak mudah untuk membesarkan anak bersendirian. Seboleh mungkin, jangan ambil jalan penyudah yang singkat iaitu perceraian.
Mungkin kamu kecewa kerana suami tidak menjalankan fungsinya selama ini. Mungkin suami tidak memberi nafkah dan gagal menjadi suami yang baik di matamu. Fikir sejenak. Sebenarnya, peranan suami sangat pelbagai dan kadangkala sukar difahami oleh isterinya sendiri. Adakah selama ini suami kamu memberi bantuan dari segi perlindungan dan keselamatan keluarga, namun kamu sendiri gagal menghargainya? Fikirkanlah kebaikan suami. Jangan biarkan 'kejahatan' yang ia lakukan sampai menidakkan kebaikan yang dia pernah buat. 'Tidak mencium bau syurga seseorang perempuan yang tidak nampak walau sedikit kebaikan suaminya, sedang harum syurga itu boleh dihidu dari jarak yang jauh'.
Menjadi ibu tunggal tidak mudah walaupun kamu berpendapatan sendiri. Jangan menjadi isteri yang ego. Jangan memegang prinsip bahawa 'kamu boleh hidup tanpa lelaki'.

Banyak bersabar dan beristighfar jika kamu menghadapi dugaan rumahtangga. Jangan mengambil jalan keluar yang mencalarkan maruah kamu seperti keluar atau mengadu hal dengan lelaki lain. Syaitan akan memainkan jarum halusnya lantas memporak-perandakan lagi rumahtangga yang sedia goyah.

Suami adalah pemegang kunci untuk dirimu ke syurga. Bersyukurlah jika suamimu seorang pemimpin dan pembimbing yang selayaknya dihormati. Mudah-mudahan kamu mendapat kesenangan demi merintis jalan ke syurga. Bagaimana pula jika bersuamikan seorang lelaki yang jauh tersasar dan rendah peribadinya? Wahai wanita, kita semua Makhluk Allah. Begitu sukar untuk saya huraikan namun percayalah, dia tetap suamimu dan kunci ada di tangannya. Sungguhpun kehadirannya tidak menyenangkan, hikmah di sebaliknya ialah supaya kamu bersabar dan redha menghadapinya. Dugaan rumahtangga ini adalah ujian, Insya Allah ada ganjaran buatmu di hari muka kelak.

Akhir kalam, amalkan doa ini kala kamu tersepit dalam kemelut rumahtangga yang muram.'Wahai Allah yang hidup dan berdiri dengan sendiri, dengan Rahmat dan Kasih Sayang-Mu aku memohon pertolongan, dan janganlah pula Engkau biarkan diriku bersendirian walaupun untuk sekelip mata. Perbaikilah, permudahkanlah dan percepatkanlah setiap urusanku'.

Friday, August 10, 2012

Mr. Mama mula memahami....

Put yourself in someone else's shoes, if you find it hurting you then it probably hurts them too.

Rupanya bila kita masuk dok dalam kasut orang, baru kita tahu macamana keadaannya. Lebih kurang camtu la kalau nak translate.

Bila sebut suri rumah... ohh...suri rumah.
Orang ingat suri rumah ni dok rehat atas kusyen sambil kunyah cikedisss.

Sekali datang Mr. Mama yang selama ini banyak masa kat luar, terkurung dalam rumah akibat nak membesarkan anak depan mata ( nampak tak besarnya pengorbanan )
Camtu jugak la pengorbanan seorang suri rumah. Tapi sebabkan dah sebati tittle tu, orang pandang sebelah mata je keje suri rumah ni. Konon alaaaa..suri rumah je punnnn. Kang bagi selipa jepun baru tau keje suri rumah tu jepun ke england ke...

Korang baca SINI serius !! Entry ni sangat-sangat menenangkan hati para wanita. Terasa macam Kementerian Hal Ehwal Wanita sangat mengambil berat  :)

Dosa Terampun

Hari JUMAAT menjelma lagi
Penghulu segala hari yang diberkati
Marilah kita baca al-Kahfi

Terampun dosa Jumaat hingga Jumaat sekali lagi ...


“Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”

( H.R Baihaqi)



Sumber : SINI

Wednesday, August 8, 2012

Kapten Kapal Jemput Berbuka

"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)." (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)



Nama kat meja tu nama kapten yang jemput kitaorang.
Kalau lah dia moslem , dapatlah seperti mana yang Nabi sabda kan seperti di atas.

Tapi sebab dia nak meraikan ... 
kitaorang terima je jemputan. 
Bagusnya even dia bukan moslem , tapi dia tak pulak jemput kitaorang berbuka di Lee Garden.

Berbuka kali ini kat Tanjung Puteri Resort.
Kat sini memang sedap.
Boleh dikatakan semua sedap ...

Daging Rendang Tok...last year pun amik lauk ni jugak sebab memang sedap lah !
Macam nak pi jumpa chef dia mintak resepi lak ...hehehe

Angah berbuka dengan mee kari.
Nasi tu untuk second round.
Mee pun ambik satu mangkuk je .... nak rasa sedap ke tidak .


Kakak dan abang cik makan kueteow goreng jek... 2 pinggan pulak tu.
Along opkos la nasi.

Sudah je makan nasi , kena pulak air 5 6 gelas..
dah !! tengok benda makan banyak2 kat situ sikit tak hinginnnn.

Gi surau solat. Ramai orang tengah Q ambik wudhuk.
Sayang sekali tempat wudhuk tu tersangat la open.

Kak Es cari ladies washroom.
Haaa..tak de orang ! Lega
Ambil wudhuk dengan aman.
Nak solat pulak ... Q pulak dah kat sini.
Tempat kecik sangat. Q lebih kurang 15 minit.
Solat 10 minit
Touch up muka balik 2 minit.
Dah hadam makanan kat dalam perut. Naik balik tempat tadi....lapar !!!

Tengok semua makanan mengiurkan.
Pinggan pulak tak yah dok basuh. 
2nd round please....


Potato salad with coleslaw
Yang ni memang sedap....sejuk lagi time makan tu


Serius kakak sengih sampai telinga nampak strawberi yang tersusun indah tu.
Dia pun bedal lagi.

Koko krunch pulak atas tuuuu..
ambik lagi !


Yang ni tak ambik la.
Just snap gamba tengok pinggan dia lawa



Ini pun sedap ...ambik sesudu je lalu tekak.

Besttttnyaaa tak payah nak basuh pinggan, nak kemas meja bagai.
Terus gi solat trawikh balik sambung tadarus pastu blh tidoooo ...

Sape nak jemput boleh roger2 ok hahaha









Paling setia

Kat mana ada umi
Kat situ ada Faateh

Hatta masuk toilet pun kadang2 ikut jugak keh keh keh

Kejap je masa berlalu. Dok terasa lagi Faateh kat dalam perut.
Hari ni dah genap 5 bulan Faateh melihat dunia. Tak tahu la dia suka ke tak? Tp kalau dia dengar je suara kakak dan abang2 .. Nampak sangat muka dia happy

Lepas tu dia jerit2 suruh dukung dia. Umi pun jerit2 dalam hati leeegaaa ramai inang (pengasuh) :p

Tuesday, August 7, 2012

Kena sondol

Dah elok2 semua kereta berhenti kat traffic light, sekali gedegangggg !!!
Semua kat dalam kereta dah terhentak ke depan
Nasib baik baby tengah menyusu. Memang dipeluk erat waktu tu. Apalagi ... En.somi klua dh tak bagi chance nk dengar reason orang tu. Kak Es pun tumpang sembur jugak... U guna henset sambil drive ke ??? !!!
Senyap dia .



Dah la time tu nak waktu berbuka dah tinggal 15 minit je lagi. Dia suruh kitaorg gi worksyop nanti dia bayar. Pagi ni trus buat appointment kat worksyop kalau tak bayar juga boleh terus buat report polis.







Kesian WIRA yang dah tak wira ni. Camne nak balik kampung kalau claim insurans sure lambat !! Hampeh betul mamat ni!!

 Syukur kami semua selamat. ALHAMDULILLAH...

Monday, August 6, 2012

Payudara

Tajuk macam lucah je...
Jangan fikir bukan-bukan. Korang ingat Allah ciptakan payudara tu sesaja ke ?

Angelina Jolie isteri Bradd Pitt yang tak beragama Islam tu pun tahu apa fungsi payudara dia.
Dia tahu yang dialah pengilang susu terbaik untuk anaknya..

Orang yang tak pernah breastfeeding jangan lupa cari ilmu kenapa wanita2 yang menyusukan anak sanggup bersusah payah nak bagi susu mereka kepada anak itu... saja suka suki ke ?

Jom tengok komen bernas dari rakan FB


Penting untuk bakal ibu dan ibu yang masih bagi FM bagi bayi yang berumur dibawah 2 tahun.
kesian anak.

Carilah ilmu
Binalah ikatan lebih rapat dengan si kecil anda

ZARA bukan ZALORA


Chomelll kannn...
Anak kak Es , si kakak ni asyik geram je tgk budak cute ni...sepupu baru dia. Kakak memang dok berharap adik perempuan semasa Kak  Es pregnant kan Faateh.
Tapi dah ditakdirkan dlm family ni ada 2 kuntum ja bunga...kami la tuu ekeke.
So bila adik kak Es dapat anak pompuan, kakak la paling seronok.
Kalau klua je dgn dia, lalu depan kedai jual baju...trus dia gi survey baju baby...bukan kat adik dia ...kat si comel Zara !!
Hasil rembatan dia minggu lepas




Asalnya nak beli tudung kakak, last2 dapat baju untuk Zara .


Dah packing nak post.
Nak tunggu raya tak tahu la bila boleh balik.
Sehari sebelum raya ada kapal masuk kata abi....huwaaaaaa :'(

Sunday, August 5, 2012

Faateh tersangkut

Golek punya golek punya golek ...
Pastu dengar jeritan ...
Ha ! Ko ... !!?
Umi sempat tergelak kejap sebelum memberi bantuan kecemasan...



Ikan talapia merah masak tiga rasa



Bahan-bahan :

Ikan talapia merah segar ( goreng garing )
5 ulas bawang merah * hiris mayang
3 ulas bawang putih *hiris mayang
Serai dititik
Sos tiram 2 sudu besar
Sos tomato 3 sudu besar
Sos cili 3 sudu besar
Sebiji tomato *di potong dadu
Sebiji bawang besar *di potong bulat





Jom kita masak.
Ikan fresh lg ni, masa beli dok melompat-lompat lagi .
Kalau tumis ke, masak lemak ke..sedap ni
Tp anak2 request yg kurang pedas tp nk masam sikit...hmmm layankan aje


Al hasilnya ......


Entry semalam tapi refresh balik pagi ni sebab nak tempek gambar kat bawah ni ....
Taraaaaaa!!!

"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)." (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)



Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 4, 2012

Masak Lemak Sotong Sumbat Pulut

Waaaa....gumuk kan sotong sotong kat Es ni.
Haaa, ni la hasil mencandat sotong di pasar tadi. Masa dapat tu takde la segemuk ni...

Kak Es dah sumbat dengan pulut .... macam banyak sangat telur dia.
Ini favourite kak Es zaman kanak-kanak. Mak selalu buat gini. Tapi masa mak nak sumbat tu sembunyi-sembunyi la. Bila dah siap masak, kitaorang adik beradik mati-mati ingat telur sotong hahaha




Published with Blogger-droid v2.0.6