Pages

Sunday, July 31, 2011

Pakai tudung dalam kereta ...

Umi apasal dok kat dalam rumah pun kena pakai tudung ? Bukan pakai tu masa keluar rumah je ke?
owhh... kawan abi kan ada kat depan tu. Kakak kena faham, bila seorang perempuan tu dah mula baligh aurat yang kena jaga semua kecuali muka dan tapak tangan. Baju & seluar kena longgar tak boleh ikut bentuk tubuh. Bukan syarat bertudung keluar rumah je.

Owhh..!! tapi makcik kat sebelah tu bawa masuk tudung dan pakai dalam kereta. salah la kalau cam tu ek ?

ha ah...pakai tudung tu dah bagus tapi kena kalau kat dalam kereta baru nak pakai, sepanjang jalan keluar nak naik tu, kalau ada lelaki yang bukan muhrim dia tengok, berdosa.

Kalau tak de orang?

Kalau takde, tak dosa. tapi kena ambil langkah berjaga2 sebab kita tak tahu bila masa orang lalu lalang kan...

Owhh...kakak pun nak main kat luar kena pakai ke?

Kakak kecik lagi, belum jatuh hukum wajib. Tapi kalau kakak nak praktis pakai, supaya terbiasa dah boleh sangat. Tapi kalau kakak tak buat lagi, kakak tak berdosa.

Semangat nak berpuasa nih

Assalamua'laikum dan selamat pagi semua...
dah set in mind esok nak puasa..insya Allah. Kuatkan hati dan semangatkan diri nak sambut puasa dengan sehabis baik.

Anak2 Kak Es pun hari2 dok countdown nak puasa...
Yeaaayy!! esok puasa...( insya Allah ) kalau dah set kat kalendar biasanya cam tu lah kannn..hehe

first sekali kak Es suruh diorg setkan dalam kepala nak bangun sahur sepanjang puasa ni. Last year dekat2 hujung puasa masing2 dah susah nak bangun. Kali ni sahur itu WAJIB. kat situ ada keberkatan.
TV kena kurangkan. Letih macamana pun TV sangat2 perlu dihadkan...
Pastu kalau nak main indoor games ok ... waktu petang2 tu.
Kena banyakkan baca Quran ...
Malam gi tarawikh
Tengah brainwash nak bangun tahajud sama2... insya Allah tengah set in mind. harap2 menjadi. Last year tak jadi, dah kejut tapi diorg tidur atas sejadah. Pastu tu dah payah nak bangun.

Insya Allah harap Ramadhan kali ini yang terbaik....moga dimudahkan.
Nak sahur apa ye?
Anak2 request fresh milk , bijirin dan kurma + nasi goreng...
Simple ..

Saturday, July 30, 2011

Whipped Potato ... so simple !

gambar google.. lebih kurang gini lah. cumanya kuah kak es gelap sikit 

malam ni anak2 request ... Whipped Potato a.k.a kentang putar

lama dah tak buat...tp sonang yo!
Dengan pantas kak Es rebus kentang beserta kulit.
Dah siap empuk buangkan kulit...antara nak pegang dengan tak pegang tu ( panas daaa ) tuangkan susu full cream, masukkan sedikit garam dan lenyek sampai la smooth . Kalau nak blend pun boleh. Tapi kak Es memang sengaja melenyekkan manual sebab nak eksesais biceps ni haaa... hehehe

Ok dah siap..buat pulak kuahnya.
tumis bawang putih yg telah dicincang dengan minyak yang sedikit.
Masukkan brown sauce yang telah disebatikan dengan air, sedikit blackpepper sauce, sedikit sos tiram.
Masak sehingga agak pekat ... dah siap !!

Mudah kan...
dah licin anak2 makan. Esok nak coleslow pulak. Wah !! kalah kayepsi nih hahaha

kalau sempat esok kak Es upload gambar... itupun kalau rajin buat yeeee..

Good Nite Sleep Tight :)
~ SWEET DREAMS

Penawar itu bukan hanya pada UBAT HOSPITAL ....

ALHAMDULILLAH...
semuanya berakhir dengan baik. Syakir anak kak Es yang kecil, selepas discharge masih demam panas ON and OFF. Kesian sangat ... sehinggakan terkeluar juga dari mulut kecilnya " kenapa adik demam lagi ni Umi ?"
" Umi adik sakit "

Kak Es pun dah mati kutu. Tak tahu nak buat apa2..
bila bagi ubat hospital yang 5-6 jenis tu ... perut anak kak Es jadi sangat kembung.
Dah la badan makin menyusut ... perut yang kembung tu ditekan2nya perlahan-lahan.. senak umi..

Rasa nak menitis air mata setiap kali bagi makan ubat. Tapi kalau tak makan panas badannya makin menjadi2. Tonsil makin merah...
Doktor cakap kalau tak reda demam , tonsil bengkak ... operate !!!
umur 4 tahun nak operation ...
aduhhhh...

2 hari lepas...pergi jemput abang balik sekolah.
Syakir tidur dalam kereta , sebelumnya dah mengadu perutnya sakit.
Kak es pujuk dia ... sekejap ye dik. Dia akur.

Hampir sampai rumah ... dia mengadu tak boleh bernafas...
Terus dia melompat atas riba kak Es ... kebetulan rumah pun dah tak jauh. Jadi Kak Es berhenti di bahu jalan.
Gosok dada dan belakangnya perlahan-lahan.
Tiba-tiba dia muntah .... sangat banyak dan berlendir.
Muntah melalui hidung dan mulut. Pantas kak Es menadah tudung kak Es yang agak besar tu...penuh dengan muntah.
Seketika kemudian dia memandang sayu wajah kak Es .... ummi..... (dengan nada bersalah)
tak pe dik.... muntah lahh..
Sayu rasanya melihatkan mukanya seperti serba salah mengotorkan tudung umi.
Kak Es gosok lagi belakang badannya , adik muntah lagi . keluar segala makanan yang dimakan tadi.
Setelah dia boleh bernafas dengan baik, adik pun bangun .. kakak tolong lapkan badan dan tangan adik dengan tisu. Kemudian dihulurkan sekotak tisu untuk kak Es buangkan muntah dan masukkan kedalam bekas plastik. Kak Es memandu perlahan pulang ke rumah...

Memang dah sangat serik nak teruskan ubat-ubatan hospital.
Terus telefon suami dan maklumkan ...
Suami kak Es baru teringat anak2 sebelum ni pernah amalkan minum air ECPI.
Kebetulan stokist berdekatan kawan kerjanya... terus dia belikan 2 botol air ECPI dan sekotak supplement yang kawannya syorkan.
Malam tu, adik dan kakak bermandikan air ECPI dan minum tak henti2. Kakak pulak demam huhuhu
Nasib baik ubat tu kecil dan manis ...
dah tak kembung lagi.. walaupun badan masih panas tapi tak sepanas sebelumnya.
Tak tidur kak Es sepanjang malam . Alhamdulillah pagi tu dah tak kembung, panas pun makin reda.
Dan hari ni ... ALHAMDULILLAH sihat , dah tak demam lagi, makan pun dah berselera .
Syukur sangat ... dan kami tak sabar menantikan kunjungan RAMADHAN setelah semuanya berakhir dengan baik. Anak2 semua dah sihat.



Yakinlah ...setiap penyakit yang ALLAH turunkan pasti ada PENAWAR. Bukan AIR itu menyembuhkan tapi kat situ ALLAH campakkan penawar untuk anak Kak Es...
Kak Es hanya berdoa dan berikhtiar...

Jangan pernah PUTUS ASA dengan RAHMAT dari Allah.....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN SAHABAT .....

Nama saya Sya'ban,
Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya, Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya, Rezeki dan 2 orang anaknya, Sahur dan Iftaar.


Mereka ditemani 3 cucunya, 
Rahmat, Keampunan dan Barakah.


Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Eid Fitri airlines.


Hargai mereka dan anda akan mendapat berkat

♥ ♥ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 






Monday, July 25, 2011

To FORGIVE and FORGET

Sometimes it is hard to forgive..
but don't forget that .....

Sunday, July 24, 2011

TONSIL ... kerap berdengkur, kerap DEMAM

Anak kerap demam ?
Tidur berdengkur ?
Sukar nak makan sakit bahagian tekak ?

Cepat-cepat gi jumpa doktor. Ambil langkah berjaga2 sebelum tonsil mereka getting worse.
Anak kak Es yang bongsu demam, ingatkan demam biasa je. Dah hampir seminggu asyik ON and OFF. Sekali nak makan pun sakit tekak, ok lagi sebab nak minum. Hari berikutnya nak minum pun dah tak nak. Sakit katanya. Gi bawa jumpa doktor , check... TONSILITIS !!

Aduh.. macam abang dan kakaknya jugak. Abang dan kakak dah buang dah tonsil tu. Along lah paling teruk keadaan tonsilnya. Sampaikan tak sedar diri sebab tonsil tu membengkak hingga tutup saluran pernafasan dan dia tak boleh bernafas dan pengsan.
Tidunya pun tak nyenyak. Berdengkur dan kerap selsema.
Selepas operation alhamdulillah .. senang nak bangun tidur, sebab malamnya dah dapar tidur dengan lena. Tak berdengkur lagi. Demam pun dah jarang2 sekali. Same goes to angah and kakak. Angah je masih follow up masalah telinga. Masih ada juga lagi serangan virus bahagian ENT ( ear, Nose , Troat ) yang saling berkait.

Baru ni pun angah demam. Serangan virus bahagian tengah tekak. Radang (sangat merah) sampai demam panas 39 darjah celcius. Doktor terus suruh admit ward. Nasib baik cepat, kalau tekak yang merah tu bernanah, lagi susah nak rawat... ALHAMDULILLAH. Kalau boleh nak elak dari operation. Kesian .

Kalaulah sakit tu boleh ditukarkan ... umi rela tangggung segala kesakitan tu.
Sukarnya umi tengok anak2 menahan sakit.

Alhamdulillah setelah beberapa hari berkampung di hospital, dah semakin pulih.. dah boleh makan itu ini. Tp masih dalam pantauan doktor lagi...

Terima kasih atas doa sahabat2 ...
Terima kasih kepada yang bertanya khabar...
~ alhamdulillah









Bagi yang baru dapat tahu anak ada simptom tonsilitis niiii.... sikit sebanyak info kat bawah ni boleh membantu


Caring for Your Child

Kids with tonsillitis need plenty of nourishment and rest. If swallowing so painful that eating is difficult, try serving liquids and soft foods, like soups, milkshakes, smoothies, ice pops, or ice cream.
Make sure that your child drinks lots of fluids and gets plenty of rest, and take his or her temperature regularly. Use a nonprescription pain reliever, such as acetaminophen or ibuprofen, for throat pain. Don't give aspirin or other products that contain aspirin, though, because these can put kids at risk for Reye syndrome, an illness that can have serious complications.
Keep your sick child's drinking glasses and eating utensils separate, and wash them in hot, soapy water. All family members should wash their hands frequently.
If your child starts antibiotic therapy for strep, throw out his or her toothbrush and replace it with a new one.

Preventing Tonsillitis

Try to keep kids away from anyone who already has tonsillitis or a sore throat, and make sure everyone in your family practicesgood hand-washing.
If your child has symptoms of tonsillitis, call your doctor.

sakit itu ujian

Moga anak2 umi cepat sembuh
Published with Blogger-droid v1.7.3

Thursday, July 21, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER


Silalah berkunjungan
walau tiada air kopi dihidangkan
maupun cheese cake
ataupun buah tembikai...

tapi blog ini secukup rasa..
mengeratkan kasih sayang
antara manusia...

Tapi kak Es tak paksa 

:)

Jangan biarkan ia BERLALU ...



Sedetik masa berlalu pasti takkan ia berulang lagi...

Hargai anak2 kamu, pasangan kamu dan jangan lupa walaupun suami tempat teratas selepas Allah dan Rasulullah ... emak dan abah tetap tiada galang ganti nya.

Hargai dengan ucapan kasih sayang,
Hargai mereka dengan pelukan dan ciuman ,
Jika berjauhan ... utusan doa sentiasa.

Tuesday, July 19, 2011

BEN ASHAARI ,AKU PILIH 3 BLOG INI KERANA



Blog pilihan kak es... ececehhh


  • blog Qiut Mummy & Her Lovely Family
    diberitakan first time join SEGMEN BEN
    blog ini cerita tentang family : anak + Suami + dirinya sendiri
    lebih kurang bersantai2 jugak la sharing cerita.. Blog ni dari tahun 2010 bermula dari blog BIZ tp sekarang lebih kepada personal.
    Pinky Momma menjadi pojaan hatinya ..
    !! korang kena singgah sebab tuna rumah seorang pakar bubur bayi dan juga kecantikan !!
  • blog UbiBadok 
    blog ni harusssss korang singgah sebab pertama dia dah renovate rumahnya menjadi sangat LAWA nampak sangat kesungguhan si ubi ini utk menjadi blogger yang tegar.
    Paling rugi kalau tak singgah .... blogger ini antara yang terrrrRAjiN berblog walking. Baru je naik entry.. dah ada dia kat situ. sungguh Kagumm tau ~
    tak rugi jugak korang nak share ilmu kerana perjalanan yang jauh ke Mesir itu mgkin byk mematangkan si Ubi ini... dialah HAFIZIN JAMIL
  • blog pilihan hati kak es berikutnya ialah PILIHANHATI laaa.. hehe
    first time klik ke blog tu.. apa yang istimewa.. sebab dalam merapu tu ada Ikan Kerapu..
    kak Es suka ikan kerapu.. hahaha
    cikgu ni nak berkongsi something yang USEFULL utk kita... so apalagi jom la pakat2 jejak
kalau ikutkan semua nak Kak Es terjah... insya ALlah kayuh perlahan2... sebab dah berdatimmm dgn blogger yang dah komen di entry kak es utk kak es terjah habes-habesannnnn...

HAPPY BLOGGING

BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG


Blog Bersama Kak Es was born on ApRil 2011
baru berusia 4 bulan ..

Blog ni simple dan banyak sharing moment
Tak terlalu formal..
Jika Kak Es dapat sesuatu yang rasanya boleh dikongsikan untuk kebaikan bersama..
Kak Es pun coret la kat sini.

Ataupun maklumat yang kak Es rasa nak simpan
untuk tatapan anak cucu cicit piut miut
Kak Es nanti...
Pun kat sini juga Kak Es lakarkan...

Sharing is Caring = LOVING

Kenapa ??? kena singgah...
Sebab we can share ALOT of Things HERE..
Kalau sudi singgah , singgah la... tak de paksaan :)

Monday, July 18, 2011

On the Way to Bangi ....

nak TERJAH blog !!



Esok hari yang paling santai.. boleh berBLOG WALKING sampai muntah... hehehehe
~heaven~

dah lama tak sempat nak berBW berlama-lamaan.
singgah pun kejap2 jeee..huhu

Esok boleh la berbalas rindu dendam...

NAK TERJAH BLOG SAPE EK?
SILA TINGGALKAN KOMEN ... komen je nnti Kak Es klik gambar dah boleh terus sampai sana.. kan?
Jangan tinggalkan link pulak .. lain pulak masalah timbul karang :D

Without You ..


Huk aloh...
baru sehari tanpa si dia dah layu 

itu pun bukan si dia yang memberi kamu Oksigen
kalaulah ... 5 saat tanpa Oksigen 
mau lemas kannn..

Kak Es ohhh Kak Es ..
nak tahu dimana kedudukan kamu disisi Allah
Tanyalah hati 
dimanakamu letakkan Allah di hati kamu....

Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambaNya di sisiNya sebagaimana hambaNya meletakkanNya di dalam dirinya."


Dari DIA kita datang..

Kerehatan yang ABADI.

Bila ?... setelah kita MATI.
Ketika itu tidak perlu fikirkan lagi apa yang telah kita buat untuk muliakan AGAMA ALLAH.
Tak perlu lagi nak fikir , macam mana kita nak sampaikan tentang keindahan Islam kepada sahabat2 kita.
Tak perlu lagi nak sakit kepala nak jaga hati kawan tapi pada yang masa yang sama kita tak REDHA apa yang kawan kita buat kerana bukan itu yang ISLAM nak.

Fikir2kan.... ketika itu,  betul2 rehatkah kita atau tetapjuga tak dapat rehat kerana terus dipersoalkan apa yang telah kita buat lakukan untuk daulatkan ISLAM...

~ untuk renungan kita bersama ...... Al- Fatihah untuk almarhumah Dr. Lo'Lo'

Sunday, July 17, 2011

Nampak MUDAH ... tapi PAYAH

Aurat VS Urat

Sakit urat boleh gi mengurut.
Pastu insya Allah baik

Aurat kalau tak ditutup dengan sempurna ...
tetap akan disoal

jangan ambil mudah ...
sebab nabi sendiri dah tengok balasan untuk perempuan yang tidak menutup aurat ketika baginda melalui israk mikraj.
Kalau nak tunggu bersedia ... sampai bila. Sedangkan kain yg nak diletakkan atas kepala tak sampai pun 1 kg. Lagi berat rasanya crown yg dipakai sang ratu.
Lagi berat rasnya wig yg direka pelbagai bentuk...
bukan lama punnnn hanya selagi kita bernafas je. Mgkin esok kita  mati... siapa tahu ??

Kehidupan ABADI esok ... haaaa buatlah apa pun masa tu dah tak de lagi larangan.

Jom la tutup aurat dengan sempurna ..
Demi agama , demi maruah kitta sebagai WANITA

~ Baik WANITA .. baiklah SELURUH ISI dunia ~

Oh SUAMI !!!!


Driver ??

Yes.. adriver. Kak Es laaaa
Pepagi hantar anak.
Petang fetch them.
Kadang kalau Hb balik keje letih pastu nak gi beli barang dapur ...
cepat2 dia duduk kat tmpat co-pilot tuuu
ecehhh!! apasal abang duduk kat situ..
alaaa kaki lenguh la nak drive.
Boleh tak abang duduk kat sini ?
Kalau soalan macam tu...mesti lah isteri jawap Ok la baaaannnngg

Cuba kalau suami kata
saya letih !! awak tak pe la duduk rumah jee
Time tu jugak I turun kete rela jalan kaki HAHAHA

p/s : Suami2 kena beljao ilmu psycho isteri OK. Isteri sangat lembut hati jika disantuni 

ANAK-ANAK AMANAH KITA



Honey DEW...

kali ni ... ada permintaan dari seseorang bergelar HONEYDEW ..
Honey dew tanya camne kak Es layan anak umur 3 - 7 tahun .... huhuhu umur ni mmg tak faham bahasa Melayu. Kita cakap gini , dia buat gitu ... pastu loyar buruk pulak tu....

Betul kak Es ni sangat tegas dengan anak2. Time yang kena tegas , kak es tegas. Kalau kebiasaan kak es bergomol dengan anak2. Waktu belajar pun kalau umur 3 - 5 tahun selalunya informal. Nyanyi , lukis sama2. We have alot of fun ... lukis muka abi ..perut buncit. hahhaha . tak memaksa tapi mereka sendiri yang nak.

Dengan anak2 umur 3 tahun ni kena selalu buat aktiviti bersama2. Contoh ajak lipat kain. Tunjuk cara pastu hasil dari lipatan tu walaupun tak elok jangan dirungkaikan depan si anak. Puji dia... tentu dia seronok. Dalam 3 helai baju pasti dia dah bosan. Ok stop ! don't force.

Sama juga nak kemas rumah. Buat sama2 dengan si anak. Bagi tugasan yang simple contoh kutip sampah. Pastu puji lagi... dalam 3 - 4 minit si kecil ni dah boring. Ok, stop ! adik boleh relax tengok TV dahhh.. tentu anak tu seronok nak tolong lagi.

Biasanya kalau dia dah tolong ngemas rumah... nanti kalau abang2 sepahkan, pasti abang tu kena marah. Kalau dia tak biasa kemas... dia pun suka sepah2 kan rumah.

Kalau nak mandi pun .. biasanya kak Es jarang suruh. Selalunya kak Es bercerita tentang kambing yang malas mandi. Tentang bau BUSUK. Nanti otomatik dia sendiri gi ambik towel dan gi mandi. HAHAHA

Kalau ikut kan buku Tarbiyyatul awlad fil Islam ( pendidikan anak2 dalam Islam ) oleh Abdullah nasih Ulwan, banyak tips kat situ.

1-7 tahun anak2 ini kita berikan kasih sayang yang secukupnya
7-14 tahun peringkat umur didikan dan disiplin
14-21 kebebasan untuk anak buat keputusan setelah kita guide dan didik dengan penuh kasih selama 21 tahun

Kak Es banyak membaca tentang parenthood melalui buku dan blog. Kalau nak lebih details... honey dew boleh dapatkan buku Pendidikan Anak Melalui Islalam oleh Nasih Ulwan di pustaka buku. Atau google mana tahu kan kalau ada yang sediakan servis online.
Lagi satu blog yang banyak membantu juga disini .. Blog Anakku Sayang

Kadang kala memang kita jadi buntu kalau tak de tempat yang boleh kita berkongsi rasa. Tentang perkembangan anak2 ni memang patut kita dengar dan tahu dari mereka yang pernah melalui. Mahal pengalaman itu kerana ia tidak boleh dijual beli.

Harap perkongsian yang tak seberapa ni dapat membantu....

Let' Walk Together ..

Saturday, July 16, 2011

Manusia lebih hebat dari JIN IFRIT


Sambungan dari WOW 2 !!

Istana Ratu balqis...
mesti besar kannnn.. di pindahkan guna apa ??

Kalau nak tahu hebat tak hebatnya manusia ...
Istana Balqis dipindahkan oleh seorang manusia.
Jin ifrit pun kalah ..

“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai.

 Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”

Yes... Asif  Bharqiya is a human.
Telah memindahkan istana Ratu Balqis within a glimpse 
dah terpacak istana tu depan mata...



WOW part 2 !!


Ingat tak rumah WOW part 1 tu..
masa tu dah terbayang macam mana lah lagaknya kan istana Balqis.

Tapi Jiji ingatkan Kak Es...
lepas Nabi Sulaiman renovate istana tu lepas dipindahkan 
lagi lawaaaa
sampai kan ratu Balqis terpaksa angkat kainnya menyangkakan lantai tersebut ada air
tapi sebenarnya lantai tu umpama crystal clear..

Dasyhat dan hebatkan !!

Jom kita kaji lagi kisah dan sirah Nabi-nabi kita ...

Taman Herba Nasuha


Kat sini la Along pergi. Taman Herba Nasuha.
Best !! katanya.
Ada Welcome Drink... sedap umi minum air mengkudu.
Boleh kurangkan kalori kalau kita minum ( ehemm!! ayat tu macam perli umi je )

Pastu jalan2 dengan trem.
Macam2 jenis herba dan rempah ratus ada kat situ.
Dari dalam dan luar negara.
Umi tahu.... pokok kulit kayu manis tu kecik je.
tapi bau dia.... hmmmm semerbak


Melawat kilang proses rempah ratus ( kisah dalam entry TERHARU )
Kat situ la along beli rempah kat umi tu hehehe

Jom la Umi kita gi lagi.
Bawa adik2 mesti lagi BEST

Umi boleh pi sauna dan SPA.. kat situ pun ada tau :D

REVIEW BLOG : Ezza Kacak untuk JIJI


Kak es ni tak pandai nak review blog orang..
tapi dah belajo dgn ostad jiji so kena la buat jugak homework
kalau tak nanti kena sebat !!

Kacak tu yang tak tahan tuuu hehehe
Anyway she's a CUTE gugurl
nak kata kacak tak de misai kumis ... hehehe

Blog Ezza senang nak ditembusi , maksud kak es tak lambat la nak loading.
So akak sukaaa !! kalau lambat , tak berapa suka sebb tak suka nak tunggu lama2
Very SIMPLE but NICE

Cara penyampaian macam orangnya ada di depan tgh bercakap..
ayat2 yang poyo dan senang nak paham...
suka laaaa!! nampak la kat situ perwatakan dan identiti remaja si Ezza ni

Tu je yang Kak Es mampu buat.
To Ezza .. happy blogging.
Even nampak macam havoc tapi there's still SOMETHING there.
Keep it UP !!

Giveaway Dari Korea @fasihah.com


Jom la join GA dari Chenta Fasihah..
KLIK GAMBO


TERHARU ...

Along ikut rombongan lawatan sambil belajar ke Taman Herba..
Kak Es bekalkan dia RM20 untuk hari tu.

Terima SMS dari Ustaz mereka dah on the way balik. Pukul 7 mlm insya Allah dah sampai kat sekolah.
Kak Es pergi dan tunggu di sana.

Bas tiba , nampak muka ceria along turun dari bas.
Buka je pintu kereta
Assalamua'alaikum umi ... BEST !!
Waa'laikumussalam ... nampak muka pun dah tahu.

Along ada sesuatu ni untuk Umi. ( sambil membuka sling bag )
Eh... kalau ye pun masuk dulu dalam kete ni.

Along masuk dan terus buka beg dengan sangat teruja ...


Ini untuk umi ... ( nampak tak pack rempah tuuu.. )
laaa.. along beli untuk umi ke ? ( terharu sangat )
buat apa la susah2.. umi bagi duit tu untuk makan minum kat sana.
Along makan tak?
Cukup ke duit tu?

Cukup duit tu. Kat adik2 pun along belikan juga.
Ustaz dah belikan makanan untuk peserta semua.

Along nak beli keluaran khas dari tempat tu tapi mahal sangat , tak cukup duit. Sebab tu along beli rempah ni untuk umi... hehehe

Terima kasih ingat kat umi. Umi nak along enjoy kat sana. Tak beli pun tak pe. Dah beli ni .. terima kasih la. Nanti kita masak guna rempah yang along beli ni :)

Untuk adik2 along beli 

dodol !! hehehe.. suka la tu ada buah tangan untuk adik2

Friday, July 15, 2011

Queen Elizabeth pakai KUNING ...



But SORRY .. no footage in Buletin Utama tonight.


Another EXCLUSIVE pics ... PM disambut mesra kuning


Freedom of speech and expression in action..
 Very peaceful ...  < Please click HERE >


P/S : tak de dalam Buletin malam ni gambar2 ekslusif ni.. just maklumkan je perjumpaan dgn Queen. 
sebab ??? XANTHOPHOBIA

geli geli abang jiji


Geli geli dengan si Jiji...

nak join klik gambo 

Award and 7 things about ME



Tak pernah lagi terima award bagai.
Ni la first time dapat award dari Tini HEART IN CAGE

Thanks for awarding me this !
So sweet laa.. even I'm not a beatiful girl hehe kena tag juga. Nak korek rahsia kak Es ek ...

7 Things u wanna know about me ...? huh ! apa ek yang boleh di ceritakan ?


  • I'm the eldest in my family... ada 2 adik perempuan dan sorang je adik lelaki. Adik bongsu (lelaki) insya Allah bakal mendirikan rumah tangga raya nanti... yang lain semua dah selamattt
  • I love music .. pernah terlibat dengan school band. Bila dah lalui fasa perubahan dalam kehidupan, agak selektif dalam memilih wording/lyrics sesuatu lagu. But still LOVE it so much !! hehehe
  • Panggilan dari family kak long , along
    sepupu lak panggil Yong Tin
    most adik2 kat sekolah panggil kak Fatin
    pena ~ lebih dikenali kak Es..
    and my full name is Fatin Ismida Ibrahim
  • Berkahwin dengan my classmate masa kat UiTM tp my Hb lbh usianya 2 tahun dari kak Es
  • Ada anak 4 orang
    Faruq
    Syahmi
    Marsya
    Syakir
  • Kalau Tini flower ... Kak Es pulak Shaker . Katanya Shaker ni lebih kepada leadership . Maybe sebab tegas. Tapi Kak Es sendiri mengaku mmg tegas dengan anak-anak kalau nak dibandingkan dengan Hb. Tapi dalam dok tegas tu...anak2 tetap manja dengan Kak Es. Ye la.. dengan siapa lagi kan tempat nak bermanja  :D .. tapi kak Es suka orang flower , sebab kehadiran mereka sentiasa menceriakan suasana ;)
  • Masa kak Es banyak kat dapur dan kereta. 2 tempat tu wajib kak Es jejak hari2. Kalau hari anak cuti sekolah lagiiiii la.... so salah satu impian kak Es kalau dapat renovate bahagian dapur tu Kak Es nak buat dapur paliiinnngggg SMART !! macam ni ....


Hahahaha... amacam ? Mesti berbulu kalau laki aku tengok ni kah kah kah

Thursday, July 14, 2011

Wow !!


Melihatkan rumah ini.. 

Wow !!

 istana Balqis yang mewah itu .. bagaimanalah agaknya ye.
Hinggakan burung hud-hud pun terleka dan tidak menghadiri pertemuan dengan Nabi Sulaiman dan hampit dihukum bunuh.

Tapi Raja Balqis yang menyembah matahari ,
sanggup meninggalkan kepercayaan dan kekuasaannya kerana takjub dengan kekuasaan Allah.



Dia Betul ...



Leader / pemimpin / IMAM

Semua tu membawa maksud yang sama...
Siapa kita nak ikut ? Orang tu kata dia betul ..
Orang ni kata dia la yang betul ...


5 minit je SOLAT ..
bukan lama pun . 5 minit je...
siapa yang kita pilih utk mengimamkan solat ?
Tentulah orang yang baik
bacaan pun baik
akhlaknya pun baik
kita pilih yang baik sungguh untuk imamkan solat kita kann

dalam 5 minit tu pun kita sangat memilih siapa pemimpin kita
Inikan pula untuk hidup kita... yang lebih panjang masanya dari 5 minit itu..

Tapi ..
pandai ke tok imam ni nak jaga urusan kewangan ,
pertahanan, kebajikan ....bla bla bla

Dalam satu bangunan ada pengurus... katakan kamulah PENGURUS itu
Pengurus tu ke yang bancuh kopi ?
Ynag menghantar surat ke sana sini
yang sapu sampah
yang itu
yang ini...

Takkan .....

Wednesday, July 13, 2011

JAGA TEPI KAIN ...


Sebab kubur lain lain lah kita diseru untuk saling ingat mengingati.

sebab tu lah turunnya surah al-Asr :


Berbangga lah jika ada sahabat menegur bila kita alpa..
Menegur bila tersalah langkah..

Kita kan manusia yang sering terleka dengan indahnya dunia

TERIMA KASIH yang sudi memberi teguran ..

moga kalian dirahmati sentiasa

Wordless... MENGIDAM !



Blogger oh blogger

Lorrr... nampak sangat i'm really a newbie.

Satu pun yang menang Award DIGI tu tak kuketahui kewujudannya...
Ish ish ish ... kak es , kak es..
dok pi mai pi mai kat sini ja. Masih banyak lagi blog yang belum ku terjah. Sokmo satu hari mesti terjah satu blog yang baru , bukan blog tu baru tapi kak es akan pergi ke blog yang tak pernah kak es masuk lagi.

Hari ni .. pergi la terjah blog yang menang tu.
Anuar Hadi .. haa kalau tak salah gitu la ejaannya. Nak tengok apa yang ada kat situ.
Wo wo wo... kena register tau nak masuk ke blog tu. First time kak es jumpa ...
sangat2 la rasa i'm really new here ...

I'm proud involving in this new world macam lagu Aladdin A WHOLE NEW WORLD tuuuu...

happy blogging :D

Tuesday, July 12, 2011

Kelip kelip


kelip kelip ku sangka api ....

yang ini bukan api ,
ini la kelip-kelip ..

Banyak mata yang memerhati dan sangat ALERT

melepak kat blog INI



dapat ini .... Dr. MAZA

31-7 Birthday Giveaway!



Adik2 muda belia (muda sangat2) ni buat giveaway..

Kalau tak dapat hadiah ... siapppp korang hehehe


Sunah , 10tahun beza umur dengan kak Es.
Masa sunah baru lahir tak kenal dunia, time tu kak Es dah naik basikal keliling kampung.
dah main Police Sentry ..
panjat poko jambu air kat belakang rumah ...

Sunah .. baru keluar dari rahim ibunya ... tak nampaklagi  warna indah pelangi time ni.

Sekarang ... dia punya ayat2 chenta ,
kata2 motivasi ,
cerita dan nasihat ,
jadi bahan rujukan kak Es pulak ...
kak es dah lama kenal orangnya sebelum kenal blog sakura tu.
teman tapi tak mesra.
Jumpa kat blog lagi mesra .. pasni kalau jumpa kat luar mmg wajib peluk budak kecik ni hahaha
adik kak Es yang bongsu umur tak jauh beza dengan Sunah.

Cik pulau ... dah kenal masa join survivor sakura
tapi masa tu bukan sebagai kak es ... sebagai tuuuutttt
pernah in group dalam survivor tu kira kenallah kannn hehe

Cikali dengan gadis Melayu ...
belum pernah bermesra.
Mungkin ini titik pertemuan 
salam ukhuwwah kak es hulurkan...

~ Doa dari kak Es untuk kalian
Moga diberi KEBERKATAN umur sepanjang usia kalian
Dimurahkan rezeki dariNya
Dirahmati sentiasa... ameen

Sape nak join sama ... silalah klik gambar banner yang lawa tuu :D




Giveaway Fridge Magnet oleh daydeck86


Haaaa !! segmen ni menarik bagi kak Es sebab kat peti sejuk kak Es mmg penuh dengan benda ni..

Kalau pegi mana pun kak Es pasti beli paling2 tak de sangat pun, pasti ada satu.

Terjumpa la pulak segmen dapat fridge magnet ...
macam2 pulak tu coraknyaaaa... adusss 
gila bayang la pulak .. hehe

terus merajinkan diri join .
Sape2 yang nak juga fridge magnet ni, gi klik gambo tu.
Nanti terus sampai kat tuan tanah okeh :)

Wish me LUCK !!


Segmen: Join Bloglist Alissya_Yana


dah kena tag dengan AngGau

Hari ni hari join segmen... 
kalau rasa camnak join jugak boleh klik gambar ok :)

Kak Es pun tak tahu nak masuk kategori mana.
House wife pun carrier jugak tauu hehe

Kategori mana2 pun tak kisah daaa


Segmen bersama Khalis


To be Honest ... baru je kenal blog Khalis ni.
Rasa2 macam nak melekat kat situ bila free time..

Yang lain tu Kak Es tengok biasa je...
tapi tgk dekat pageviews  .... fuyoooo !! macam blog Tiffin biru la,
nombor kat pageviews tu bergerak-gerak.
Macam gerakan saat pada jam lagaknya..

yang lain2 tu tak tahu la nak komen apa lagi dah 
kalau blog kak es ni macam langit dgn bumi laahhh haaii..

Anyway sape2 nak join .. 
jom la klik SINI

Wordless ...

Dr. M ~ mereka kata beliau nyanyuk .... ye ke ?


Tapi suaranya masih didengari ..

hari ni Masak Lemak Telur Masin pulak

Wahhh...
Saham lagi untuk chef Noriah.
Hari ni berbekalkan buku yang kak Es beli hari tu < Citarasa Malaysia : Pahang >
kak Es telah cuba sedaya upaya menghasilkan lagi masakan Pahang. Fuh !! kali ni menunya Masak Lemak Telur Masin.

Tu laaa.. kan Kak Es kata menunya sangat simple dan mudah banget nak buat.

Beli sebiji nenas comel. Telur masin 5 biji . Santan .
Bahan2 lain dah tersedia kat rumah. Cili , bawang , serai ... apalagi bersilat kat dapur 45 minit dah siap masak lemak Telur masin dan sambal kerang.

Anak2 belum pernah makan lagi. Tapi tempoyak ikan patin yang kak Es masak semalam bo liao !!
Ekor ikan pun tak tinggal. 2 ekor tau semalam ikan tu.

Hari ni ...
tak tahu lagi dapat berapa bintang. Masih berdebar2 nak present kat Hb... hehehe

Beli la korang .... buku tu. Sangat murah dan mmg resepi tu menjadik !!

Nak resepi .. petang nanti kak Es up kat entry ok :)

Monday, July 11, 2011

Ikan Patin masak tempoyak Pahang style

RESEPI IKAN PATIN TEMPOYAK

ikan Patin
Satu sudip tempoyak ( kak Es buat kuahnya tak pekat, kalau nak pekat boleh lebihkan tempoyak )
sehelai daun kunyit
secekak daun kesum
cili padi
cili merah
satu labu bawang besar
Garam secukup rasa
Air 5 cawan

1) cili padi , cili merah dan bawang dikisar
2) rebuskan bahan kisar , masukkan tempoyak , daun kesum dan daun kunyit (simpulkan ) ke dalam periuk.
3) setelah mendidih masukkan ikan patin dan tunggu hingga mendidih lalu ditutup api.
4) siap untuk dihidangkan .

Simple dan sangat senang. Tapi memang sedap...

For my ZURIAT only ....


This is my land ..
And it is yours too...

This is OUR LAND


Untuk simpanan sendiri. 

Dulu masa Tok Janggut menentang British pun ada jugak orang mempertikaikan.
Masing2 ada pendapat sendiri.

Apa yang pasti 
bila2 pun umi akan tetap jawab :
Hanya Allah dan rasulullah saw saja yg kita berhak taat tanpa soal... tapi arahan manusia, kena perhalusi dulu... Arahan itu, Allah berkenan ke tidak? Kalau bercanggah dgn kehendak Allah, tidak wajar ditaati.


AKTIVITI ERATKAN KASIH SAYANG ....


First time masak ikan patin masak tempoyak versi Pahang.

Semalam , ceritanya nak beli buku latihan untuk anak-anak.
Parfi dengan Hb je. Anak2 ada kelas karate semalam.
Ambik peluang la berdatimmmm ...
Dah lama tak dapat jalan berdua-duaan. Asyiknye walaupun sekejap.
Dah belikan buku2 untuk mereka ( 15 minit je pilih buku untuk anak ) ... sesaja la jalan2 kat section buku2 masakan tu. Nak cari resepi untuk sahur dan berbuka yang simple tp sedap. Dalam banyak2 buku tu.. terpandang kat kulit depan tu CHEF NORIAH .. mukanya menggamit kak Es untuk menatap buku tersebut. Gambar depan tu ... ikan patin masak tempoyak !! Macam best je. Tengok chef dia pun sangat motherly..
selak sehelai demi sehelai ... dari berdiri dah lama sangat , lenguh ! duduk jap.

Wow ! resepinya mudah ..
bahan2 senang nak dapat ...
gambar2 punnnn menarik ....
baca lagi ... belek lagi ...
ish !! buku lain lah. Letak semula buku tu...
Pastu pegang buku cara masak kambing pulak dah !!

Hampir setengah jam kat situ .. hb pun tegur , tak abis pilih lagi ?
huhuhu ...
dah nak angkat kaki .. sambar jugak buku tu !!

Maka hari ini terhasillah ikan patin masak tempoyak ala PAHANG
dapat 5 bintang you !!

Hb makan sampai hirup kuah macam iklam mee ho liao tuuu ;)
Kembang kempis hidung ni hahaha.. Rupa2nya memasak ni boleh meningkatkan motivasi diri

Tetap KAWAN


Kita bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat.
Itu kan hak kita di negara demokrasi.

Walau siapa pun kamu
Walau siapa pun saya.

Kita tetap berkawan... sampai bila-bila pun
Tetap ada ruang  dihati ku untuk mu SAHABAT ku..

Life is short .. let's enjoy with all good things.
I LOVE YOU ALL

Sunday, July 10, 2011

nak komen tak salah .. tak perlu ber ANNON ye dik NON



Abaikan Anonymous ye dik non !

Saturday, July 9, 2011

HILANG MOOD jumpa blog ini ...

ihsan Google


Rasa macam nak nangis je...

Sungguh !! Hilang mood hari ni.

Menyesal !! kenapa jumpa > BLOG INI <

Friday, July 8, 2011

BENAR, RINDU ITU DATANG LAGI



Kadang kala rasa lelah , lemah dan sakit menjadi umat akhir zaman ini.
Kadang kala merasakan alangkah seronoknya kalau engkau wahai kekasih Allah ada bersama-sama kami ketika ini. Menunjukkan kami jalan yang patut kami lalui ..
Memberi semangat kepada kami ketika kami merasa lelah menyampaikan cara hidup sepertimana yang Allah kehendaki...
Menyantuni kami anak muda yang membara semangat ... tapi dilemahkan dengan pelbagai dugaan dan ujian
Memberikan kami senyumanmu yang lebih indah dari bulan ... ketika kami dipersalahkan

Rindunya kami kepada mu wahai Rasulullah ....

Tapi tidak mungkin kekasih Allah bisa ada bersama kami ketika ini....

Apa agaknya kalau lah tiba-tiba Nabi muncul datang ke rumah kita ...

~ketika kita sedang menjemur pakaian .... berlarikah kita mencari secebis kain untuk menutup kepala yang tidak bertudung ?

~ ketika sedang enak menonton TV ... berlarikah kita mencari secebis kain menutup kotak ajaib yang menyiarkan gambar2 , cerita2 yang penuh keasyikan ?

~ ketika sedang seronok membeli-belah dengan tangan penuh dengan beg2 pakaian, kasut .... cepat2 kah kita mencampak barang2 di tangan itu

...... kerana malu kepada Baginda ......

baginda pernah mengikat perut dengan batu akibat lapar ...
baginda juga pernah menjahit sendiri pakaian yang sudah koyak ....
baginda menghabiskan masa dengan menyampaikan Islam kepada umat manusia .....

sayu hati bila mengenangkan pengorbanan Nabi ketika hayatnya .
tapi walaupun kita diakhir zaman tanpa kekuatan , tanpa kehadiran baginda ...
baginda pernah menyebut tentang kita dihadapan para sahabat ....

"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.



Sumber : halaqah.net