Pages

Saturday, April 30, 2011

Mereka yang salah...Aku pulak MINTA MAAF

Salam a'laik...

beberapa hari kesedihan melanda Kak Es.

Kak Es mungkin bersalah jika dia menganggap Kak Es ni telah menceritakan hal dia kepada orang lain.
Hal tersebut terpaksa diceritakan sebagai pengajaran dan teladan. Tetapi bukan dengan sebarangan orang yang Kak Es cerita. Orang yang mendengar cerita ini pun orang yang perlu tahu. Sedangkan kesalahan yang dia buat itulah perlu dia pohon maaf. Memang salah. Kalau ketika kesalahan itu dilakukan dan orang tahu ketika itu mesti ramai orang akan membantah.
Cumanya hal itu disembunyikan dan Allah nak buka yang sembunyi itu melalui Kak Es. Dia tidak pula memohon maaf kepada pihak yang berwajib. Malah Kak Es pula yang menjadi mangsa....

Tak pe..Kak Es tak kisah pun kalau nak mohon maaf. Kak Es akui bersalah kerana membongkar tapi tiada sedikit pun tokok tambah. Cerita Kak Es betul2 tepat dengan kesalahan mereka itu. Tak de penambah ajinomoto ke, pewarna tiruan ke.... sorry! memang itu bukan kerja Kak Es.

Biarlah kalau dia rasa tak nak maaf kan...Kak Es tak boleh buat apa2. Allah ada..biarlah Allah saja menghakimi cerita ini nanti.

Kak Es nak selamatkan keadaan agar tidak menjadi makin buruk di masa hadapan.



Banyak2 memberi...

Jangan banyak mengharap...

Hidup kita singkat.... let's ENJOY :)

Jangan sampai DIMAKAN SUMPAH


Tazkirah sebelum bersumpah ...

P/S : ada otak pakai

Friday, April 29, 2011

Kalau dah tak pandai...TANYA jangan nak KOMPLEN

Gambar ihsan Google





Suatu hari, seorang nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL buat kali pertama selepas menang loteri.
Beliau ‘check-in’ disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.


Nyonya Mei Lee dengan girangnya mengikuti langkah-langkah pelayan itu  dan ketika pelayan tersebut menutup pintu,
Nyonya Mei Lee melihat sekeliling.
  

Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut, "
 Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung,
tatak tau duduk hotel. Sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??? Manyak kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun???
katil mau titun pun tatak!!! Haiyyaaa, mau tipu olang ka??!!
 "   
Lalu pelayan itu pun menjawab, "
 Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa.... " 

P for ******

P untuk mengeratkan kasih sayang tau ...!!






1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti mas akan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang

4) 'Perhatian' 
adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah TanggaAmalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5)  P seterusnya mewakili 'persefahaman' 

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan 
suami isteri mesti menjaga pergaulan masing- masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta d ija uhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca 
surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami .
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Contest : Gambar DesktOp Lappy !


Pepagi nih dah kena tag hihihi 
sape lagi ni haaaa.... blogger baru tapi rajin..tak sampai sebulan dah cecah hampir 100 ok
nak kenal dia si pendamba.. klik SINI
Kak Es pun merajinkan diri nak bagi support ni... contoh kakak yang baik :D

Layan wallpaper lappy Kak Es ni dulu ..


~ kenapa ?
satu je jawapan dari Kak Es...
~KETENANGAN~


itu je...sape terasa nak join sebab contest ni lain dari yang lain sila KLIK SINI


Rozita Che Wan marah sangat dengan MRSM



Versi ini di quote dari portal hiburan internet :

Gejala buli di asrama atau di sekolah sekarang dilihat pada tahap yang sangat membimbangkan.  Baru2 ini anak kepada Rozita Che Wan telah menjadi mangsa buli di asrama tempatnya belajar.

Ammar Effendy, 15 tahun,yang merupakan anak sulung kepada Rozita, telah dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar Tingkatan Lima,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan,Pahang,
“Saya tak faham kenapa budak-budak sekarang semakin jahat. Nasib baik saya ‘shooting’ ketika itu dan bekas suami yang pergi ambil anak-anak saya. Jika saya yang pergi, memang dengan mak bapa mereka saya marah,” jelas Rozita dengan nada kesal.

“Anak saya telefon saya sambil menangis beritahu dia kena buli di asrama. Dia beritahu saya, dia kena tumbuk di telinga dan dada oleh pelajar Tingkatan 5 di situ. Difahamkan, puncanya gara-gara buku yang dipinjamkan.

“Mujur apabila buat pemeriksaan X-Ray, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku. Sejak Tingkatan 1 dia masuk, ini kali pertama dia kena macam ni. Pening saya dengan perangai budak-budak sekolah sekarang,”ujarnya dengan sedikit keluhan.

“Kita sudah buat laporan polis. Apa yang saya tahu, budak tu sekarang kena gantung persekolahan selama dua bulan.”

Ekoran dari insiden yang berlaku ,Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya kesekolah yang lain.

“Saya agak terkilan sebab dari Tingkatan 1 lagi saya nak anak-anak saya masuk MRSM. Tapi bila dah dapat masuk, ini jadinya. Bukan setakat Ammar saja, adiknya Aniq Ezzra yang belajar di sekolah sama juga kami terpaksa pindahkan ke sekolah lain.

“Bekas suami cakap, takut jadi apa-apa pada mereka, baik pindahkan mereka saja. Kiranya sudah sebulan jugalah mereka dah tak belajar di MRSM. Sekarang ini, mereka belajar di sebuah sekolah di Subang,” ujar Rozita yang agak terkilan tetapi bersyukur anaknya ada di depan mata.

Yang SEBENARnya begini.......


FAKTA TERPESONG

Beberapa fakta nampaknya telah tidak dilaporkan secara tepat.  Samada secara sengaja atau tidak, wallahuallam.  Tuan punya cerita jer yang tahu.  So, since Cik Rozita berbulu mata lentik ni dah menghebahkan cerita yang tak benar, tak patut lah pulak jika fakta sebenar tidak dijelaskan. 

Pertama:    Apa yang berlaku pada si Ammar ni bukanlah kes "buli" sebagaimana yang diistilahkan oleh Cik Rozita.  Perkataan "buli", mengikut takrifan yang digunapakai dan diterima oleh masyarakat membawa maksud :-  perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain

Pelajar yang dikatakan "membuli" Ammar Effendi putera sulung kesayangan CIk Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah  superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar.   Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair.  Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah.   Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi.   Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya.    Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali.  Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal.  Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden "buli" sebagaimana yang difahami oleh umum.

Kedua - pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa.   Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi.   Tidak timbul soal pelajar lebih senior "membuli" pelajar junior.  Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.

Ketiga:  -   Apa yang berlaku sebenarnya memang ada kaitan dengan buku yang dipinjam daripada pelajar Tingkatan 5.   Tetapi tiada campurtangan pelajar Tingkatan 5 dalam insiden pergaduhan itu.   Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain.   Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti  "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..."   Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu.   Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut.   Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada/perut dan telinga.  Ammar tidak membalas langsung,

Keempat:    Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM.  Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, danbukannya dua bulan. 

Kelima: -   Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama.  Samada Rozita tidak tahu di mana anaknya bersekolah atau memang dia sengaja nak mensensasikan cerita, wallahuallam.  Tapi anaknya yang bernama Aniq Ezzra itu tidak bersekolah di MRSM Kuantan.  Cuma pada awal-awal tahun dulu, ada juga terdengar yang dia nak merayu supaya anaknya dapat diterima masuk ke MRSM Kuantan jugak.   Tak pastilah pulak samada anak keduanya itu berjaya mendapat tawaran MRSM atau tidak.

MRSM Kuantan, atau mana-mana institusi pendidikan sekalipun tidak pernah mewajarkan perbuatan memukul, bergaduh, menggunakan kekerasan, apatah lagi perbuatan membuli oleh mana-mana pelajar atas apa jua alasan sekalipun.   Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapapun, tetapi kita menganggap itu hanyalah "ribut di dalam cawan kopi" yang tidak perlulah sampai melibatkan aduan polis, atau hebahan di media-media perdana.   Tidak perlulah ibubapa Ammar melenting-lenting seolah-olah seluruh warga MRSM Kuantan terlibat dalam konspirasi mencedera-parahkan anak mereka.  Walhal, tiada sebarang kecederaan, atau apa-apa kesan lebam pun yang kelihatan. 

Ibubapa anak remaja yang sedang melalui proses pendewasaan yang normal seharusnya lebih boleh berfikir secara rasional, lebih boleh menerima hakikat bahawa dalam proses pendewasaan itu, seseorang anak perlu melalui saat-saat manis persahabatan dan mungkin diselang-seli dengan pelbagai lagi peristiwa yang  pahit, tawar, masam, kelat dan sebagainya.  "It takes the whole village to raise a child".

Saya sendiri ada berjumpa pelajar yang memukul Ammar sehari selepas insiden semasa dia berjumpa guru homeroomnya.  Wajahnya pucat dan suaranya terketar-ketar menceritakan kejadian.   Ibu pelajar tersebut juga telah menelefon guru homeroom anaknya malam sebelum itu, juga bercakap dengan nada cukup takut dan cemas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan.

Sehingga sekarang bila saya membaca kenyataan-kenyataan Cik Rozita di blog-blog di internet atau di Pancaindera tempoh hari, ingatan pasti melayang kepada satu wajah budak lelaki yang kepucatan yang bercakap dengan nada suara bergetar kepada seorang guru homeroom.  Hanya seorang guru untuk mendengar dibandingkan dengan Rozita yang mempunyai jutaan peminat yang mendengar keluh-kesah hatinya, lengkap dengan gerombolan media dan wartawan yang siap-siaga untuk mencanangkan ke seluruh pelusuk negara perihal anaknya yang telah menjadi ":mangsa buli" sebuah MRSM!

Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik.   Eloklah anakanda tercinta Cik Rozita ni bersekolah di sekolah di Subang tu.   Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana.   Leave MRSM to those kids from underprivileged families...   MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa rakyat marhaen yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa....




P/S : Macam-macam lah haaiiii

Thursday, April 28, 2011

Makan Pizza pun tak reti nak bersyukur lagi !!!

haiipppp...babap karang.

best petang2 layan video nih :D

video


P/S : kadang-kadang kena terhantuk dulu baru nak sedar diri , kan ?

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER


Tukar eh..guna ganti nama diri 'aku'

Dah tajuk nye gitu...cemana.

'Aku' nak sangat jadi blogger ni kenape? kenape ek nak susah kan diri blog walking, komen sana , komen sini, ping sana sini, join segmen, join GA, join bloglist. Apasal ? Buat blog taip sampai putus jari pastu dok diam2 dah lerr..

keh keh keh...nak glam ? apa itu glam ? tak de semua tu. Tak caya tanya Ben. Dia pun tak nak glam ni. Nak naik LRT tu pun dah kena men'smart' diri sekarang nih. Kalau tak karang..tiba2 adik2 makcik2 nak bergambar, takkan nak selekeh kot. Tp mungkin dari dulu lagi gayanya sebegitu. Tak selekeh.
'Aku' sangat suka membaca dan berblog walking dari zaman tak de blog lagi. Seronok bila baca kisah itu ini. Bukan nak jaga tepi kain...tapi ilmu dan pengalaman itu penting! Serius! Bila baca blog ibu tunggal, hayati kisah mereka..pahit maung, suka duka , tangis dan tawa memberikan satu inspirasi dan semangat untuk 'aku' terus hidup dan bersyukur. 
Baca lagi kisah kebahagiaan keluarga...menjadikan 'aku' nak jadikan keluarga 'aku' lebih bahagia dari itu.
Lagi cerita masak-memasak....part ni paling best. ON laptop..tengok resepi , start enjin kete , beli barang balik terus masak. Mudah, kan?
Kisah kehidupan yang digarap menjadi novelog jugak tak ketinggalan. Tambah lagi perasa dengan komen2 yang tegar dan memberi cetusan fikiran dan anjakan cara kita berfikir.
Baca lagi perjalanan rutin hidup...menjadikan 'aku' lebih mengenali manusia dengan bermacam2 perangai. Lalat lah, semutlah, tebuan lah...ha ha ha. Seronok dengan keindahan hidup yang Allah ciptakan pelabagi ragam manusia.
Ada yang tegur secara sindir, ada pulak kias2, ada juga dengan humor ... Allahu Rabbi pelbagai usluk (kaedah) mereka berdakwah.

Haihhh!! Ben kan tanya Kenapa 'Aku' seorang blogger. Yang cerite tentang blog orang tu ape ke hal??

Kerana 'aku' adalah antara mereka-mereka itu. Moga segala tulisan kita akan menjadi sebaran untuk mendekatkan kita kepada kasih Ilahi :) PEACE!

P/S : Kalau tak buat blog...korang pi KOMEN tak tentu pasal korang tu ANON...org tak layan okehhh. he he he




Jom Join Bloglist Jamal


Jom Join Bloglist Jamal

Kenape nak join bloglist Jamal ni?

~ Kak Es nak luaskan jajahan. he he he
gurau je. Nak perpanjangkan silaturrahim sesama blogger. Kak Es suka membaca dan cuba mengaut segala input yang boleh dikongsi sesama blogger. Bila baca penulisan dalam blog, seringkali Kak Es akan dapat ilmu baru. Tak kisah lah....cara nak pikat suami ke, cara nak didik anak ke, cara nak make up supaya tak menjelekkan suami ke (kat rumah aje lah ye..) Tutorial ke... pendek kata apa sahaja akan Kak Es baca..pastu filter lah. Yang mana berkenan simpan... yang tak sesuai lupa kan.

Blog Jamal ni...simple macam orangnya yang simple tapi berinfo. ~suke

Sape2 yang nak tambah lagi kenalan among bloggerssss..let's it join HERE

Oh Man!!

Nampak gaya kena suka mereka ikut phase kuikuikui

What I want in a Man, Original List

1. Handsome
2. Charming
3. Financially successful
4. A caring listener
5. Witty
6. In good shape
7. Dresses with style
8. Appreciates finer things
9. Full of thoughtful surprises
 


What I Want in a Man
Revised List (age 32)
 

1. Nice looking
2. Opens car doors, holds chairs
3. Has enough money for a nice dinner
 
4. Listens more than talks
5. Laughs at my jokes
6. Carries bags of groceries with ease
7. Owns at least one tie
8. Appreciates a good home-cooked meal
9. Remembers birthdays and anniversaries
 


What I Want in a Man
Revised List (age 42)
 

1. Not too ugly
2. Doesn't drive off until I'm in the car
3. Works steady - splurges on dinner out occasionally
4. Nods head when I'm talking
5. Usually remembers punch lines of jokes
6. Is in good enough shape to rearrange the furniture
 
7. Wears a shirt that covers his stomach
8. Knows not to buy champagne with screw-top lids
9. Remembers to put the toilet seat down
10. Shaves most weekends
 


What I Want in a Man
Revised List (age 52)
 

1. Keeps hair in nose and ears trimmed
2. Doesn't belch or scratch in public
3. Doesn't borrow money too often
4. Doesn't nod off to sleep when I'm venting
5.. Doesn't re-tell the same joke too many times
6.. Is in good enough shape to get off the couch on weekends
7. Usually wears matching socks and fresh underwear
8. Appreciates a good TV dinner
9. Remembers your name on occasion
10. Shaves some weekends
 


What I Want in a Man
Revised List (age 62)
 

1. Doesn't scare small children
2. Remembers where bathroom is
3. Doesn't require much money for upkeep
4. Only snores lightly when asleep
5. Remembers why he's laughing
6. Is in good enough shape to stand up by himself
7. Usually wears some clothes
8. Likes soft foods
9. Remembers where he left his teeth
10. Remembers that it's the weekend
 


What I Want in a Man, Revised List (age 72)
 

1.  Breathing
 
2.  Doesn't miss the toilet
 




P/S : Abang, Sorry eh :D





Sunah suka tak ??

Buat entry khas kat adik sorang tu. Cian dia..

Tu lahh...suka sangat dengan benda yang susah nak dapat. Meh sini nak pujuk hati tu sikit.


walau pun tak seindah sakura idaman hati tu... tapi sebelum sampai nak tengok kat sana, boleh lah jamu mata dengan bunga ni. Kurang2 pun jadi penawar rindu gitu.
Kat rumah Kak Es ada pokok bunga ni. Bila tengok teringat kat Sunah sebab terbayang-bayang dia suka sakura hehehe
Cantik tak setara sakura tapi sangat menawan. Lagi pun bunga ni dia tak jual mahal. Kembangnya 3 bulan dan bertukar warna...PUTIH , BIRU, PINK

Google : sendiri punya dah habis musim bunga

Pokok ni perlukan banyak air sesuailah dengan namanya Hydrangea macrophylla . Tapi penjagaannya tak rumit sangat pun. Cukup air..sekali sekala taruk baja..wah!! sangat subur.

Boleh lah nak jamu mata mengubat rindu sakura yang berbunga 1 minggu saja tu. hehehe

Terimalah dari ku untukmu Sunah Suka Sakura


Wednesday, April 27, 2011

"oh dunia!!! Lihatlah blog aku BERPRESTIJ" Piiiirrraaaahhhhh. Jangan nak perasan!!

Prestij ?? wow! dengar nya cam Hebakkk

Penting tau prestij ni. K.P.I prestij ni sebenarnya kita yang tentukan.
Cuba bayangkan..kerja kerani di Putrajaya. Nak pergi keje tu mesti pasang high heels. calit lipstik sket. calit mata sikit ikut warna baju. baju, kasut, hand bag mesti satu kala.

Bayangkan jawatan yang sama tapi tempatnya jauhh nuuuunn di kampung atau felda. Pakai selipar pun ttarak hal! Muka tak tempek bedak pun okehhh. Baju saruk je mana sempat...kan??

Belum tengok prestasi kerja lagi...punch card? Ohhhh..mintak kawan punch pun NO HAL lahh

Apalah salahnya kalau kita jadikan karier kita berprestij tak kira di mana dan apa pun kita buat.

HOUSEWIFE...ala housewife aje punnnn (JE PUNNNNN..macam bunyi jepun lak)
Bila mind set kita cam pelekeh kan kerja kita, tu lah yang jadik pakai kain batik diregukan dengan t-shirt yang koyak lah, t-shirt yang dah kena clorox lah, kain batik tu pulak siap senteng sampai takat betis hampir-hampir lutut....isk isk isk...sedih sungguh.


kalau comel cam adik ni okey lah  jugak.
gambar dari GOOGLE




tapi kalau kita bangga dengan kerja kita itu, walaupun housewife....
apa salahnya kita pakai baju cenggini

ihsan dari Mr. Google


ala-ala korean style gitu.....
dah tak sesuai pakai kat luar ( sebab nak jaga aurat ) kat rumah lah nak bergaya sakan. Kembang hati suami tengok kita pamerkan segala khazanah kecantikan for his eyes ONLY.
Pahala pun dapat. Hati pun mesti seronok bila dah segar , bergaya , wangi2 pulak tu. Kena siang ikan pun tak pe lah.. Sianglah ikan tu dengan penuh bergaya hehehe. betullah!!Bila hati seronok automatik hasil kerja kita ( masakan , kekemasan rumah ) mesti tip top.
Yang busuknya tangan pegang ikan tu. Tak jejas pun tempat lain. Pakailah apron bila dah masuk dapur. lepas siang ikan, cuci dan sabun tangan bersih2.

Sama jugak kalau kita berblog. Bayangkan kalau blog kita letak nama 'ntahape-ape.blogspot.com' kan tak berprestij tu. Nengokkan ke nama blog tu pun alahaiiiii...nak2 pulak tengok tulisan dalam tu, macam2 di merapukan sampaikan tuan blog sendiri pun tak de selera nak baca.
jadikan blog kita sesuatu yang boleh dibanggakan. Bukan nak bangga dengan orang lain "oh dunia!!! Lihatlah blog aku" piiiiirrraaaahhhhh. Jangan nak perasan
Bangga disini kita boleh bayangkan bila anak2 atau zuriat kita baca ada input untuk mereka. Bukan baca setakat nak buka aib aje

P/S : tak payah tunggu anugerah baru nak jadikan semua benda berprestij

Monday, April 25, 2011

Baca Quran macam Baldi Bocor

Pinjam gambar dari Mr. Google



" Umi, kalau nak tanya sikit boleh? Tapi umi jangan marah ye." Along kelihatan seperti serba salah.

"Hmmmm..kalau tak salah, kenapa pulak umi nak marah?" Umi selalu begitu. Soalan di balas dengan soalan.

"Tiap-tiap hari umi suruh Along baca Quran. Along bukan faham pun tapi kenapa kena baca hari-hari?" bagaikan terbuku segala persoalan.

"Ohh..Along tak suka ke baca Quran hari-hari?" balas Umi menduga.

"Tak lah, tapi kalau tak faham, kenapa kena baca?"

"Ada satu kisah.....seorang cucu pernah juga bertanya kepada atuknya macam yang along tanya ni. Kata atuknya, Upin! pergi ambik baldi buruk atuk kat dalam bilik tu?" Umi mula berdialog. Upin pulak! sebab Umi tahu si anak sangat suka dengan watak kartun yang satu ini.

"Baldi buruk yang bocor tu Tok??" Umi cuba meniru lenggok suara Upin Ipin.
"Iyelah yang buruk dan bocor tu?" Upin merasa hairan dan pelik tapi tetap patuh akan arahan atuknya. Di bawa baldi yang bocor, buruk dan berhabuk itu. "Nah Tok"

"Ambil baldi tu pergi ceduk air sungai kat tepi tu, lepas tu...cepat bawa air tu masukkan ke dalam tempayan. Atok ni haaa...isi sampai penuh tau"
'Pergi!...cepat pergi" ulang Atok lagi setelah Atok tu tengok Upin mula menggaru kepalanya

"Lepas tu...Upin pun pergi ambik ke Umi?" tanya si Along dengan nada pelik.
" Macam along jugak, Umi suruh je, mesti along patuh, kan" Umi mula memancing perasaan si anak tadi.

Upin mula mengikut arahan Atoknya. Di ceduk air di dalam sungai . Sampai sahaja di tempat tempayan , air tadi sudah habis disebabkan kebocoran baldi.

Di ulang lagi , tapi kali ini Upin berlari-lari anak namun hasilnya seperti yang pertama tadi juga.

"Upin tak penat ke Umi?" Along sudah tak sabar dengan perbuatan Upin tadi.
"Penat laaa...tapi dia patuh arahan Atok dia. Umi rasa dia cuba sehabis baik tu"

Upin masih cuba beberapa kali untuk mengisi air ke dalam tempayan Atok tapi masih tetap dengan keputusan tadi. Air terus tercicir sepanjang jalan ke tempat tempayan itu. Setelah berkali-kali , Atok mula kasihan melihat cucunya sudah penat.

Lalu Atok memanggil Upin kembali kepadanya.
"Atok, tak boleh pun? Upin tanya tentang baca Quran apasal pulak Atok suruh angkut air ni. Penatlah!"

"Upin" Atok melembutkan panggilannya
"bak sini baldi tu."

Upin lantas memberikan baldi tadi kepada Atok.
"Upin tengok baldi ni. Tadi rupanya macam mana?"

Upin membelek dan memegang baldi tersebut.
" Macam tadi jugak la Tok. Bocor! Magic atok tak jadik kan?" gurau Upin.

" Tadi baldi ni buruk , bocor dan berdebu...kan?"
Upin mengangguk kepala tanda setuju.
" Sekarang baldi yang buruk dan berdebu ni sudah bersih dan dah tak seburuk tadi...kan? Macam tu jugaklah Upin baca Quran, walaupun tak faham...tapi setiap bacaan Upin mampu membersihkan hati Upin. Sehari satu mukasurat kalau dibacakan hari-hari...cuba bayangkan kebaikan yang Allah beri.

Along menundukkan pandangannya ke lantai.
" Along, bukan satu ayat satu pahala tapi Allah bagi satu huruf satu pahala....Along bayangkan kalau Along baca satu muka surat. Dah berapa? Tiap-tiap hari pulak tu...ha!! banyakkan? Kalau hati kita bersih, syaitan tak suka. Walaupun Along tak faham..tapi dengan membaca Quran mampu membersihkan hati , mudahlah Along belajar kat sekolah. Senang masuk ilmu. Nak buat baik pun senang, kan?"

Along mengangguk-anggukkan kepalanya bersetuju.
" Terima kasih Umi. Kalau baldi tu tak bocor, lagi banyak lah kan manfaat kita dapat?"

Umi tersenyum tanda setuju sambil menepuk lembut bahu si anak.

Sunday, April 24, 2011

Apa nak jadi dengan mereka ??!

Semalam Kak Es ada meeting lepas tu pergi minum dengan kawan-kawan kat sebuah kedai makan. Tak ramai sangat lah kedai tu. Dalam dok tengah sedap berbual tiba-tiba 5 6 buah motor berdesup depan kami. Tak sampai 3 minit lagi 5 buah motor tapi kali ini berhenti berdekatan tempat kami makan. Melihatkan penunggang yang bertatoo ...hmmm apa perasaan kamu? Menyampah! Siap buka baju pulak tu.

Kumpulan bermotor yang awal tadi berpakaian serba hitam datang semula ketempat tu..dah bertambah lagi. Tapi kali ini kelihatan seperti 2 kumpulan. Tak lama kemudian salah seorang budak dari kumpulan berbaju hitam ini bangun dengan tergesa-gesa...Kak Es panggil budak melihatkan saiz badan dan wajah seperti budak sekolah menengah. Dia seperti nak melarikan diri berpusing 3 kali keliling meja sambil berkata "saya tak tipu.bang" berkali-kali kepada seorang pemuda dari kumpulan bertatoo. Pemuda itu tak bercakap tapi hanya menunjukkan telunjuk dengan garang sekali.

Macam nak pecah jantung..Kak Es berada terlalu hampir dengan mereka. Dalam keadaan kecoh itu, kawan Kak Es cepat-cepat menghubungi pihak polis.
Pemuda yg bertatoo dengan pantas mencekak leher budak tadi...keadaan menjadi semakin tegang. Istighfar tak henti2 dalam hati Kak Es...Ya Allah , apa nak jadilah dengan mereka ini. Kami berlindung dari segala keburukan dari mereka ini.

Budak tadi sempat melepaskan diri dan terus berlari pantas menuju ke jalan raya...kumpulan bermotor pemuda bertatoo tadi terus berdesup mengejar budak itu tadi. Hati Kak Es rasa macam nak pecah melihatkan keadaan begitu. Penuh dengan kekasaran dan amarah. Benarlah marah itu dari syaitan. Tinggallah kumpulan budak berbaju hitam cuba berbincang baik dengan saki baki kumpulan pemuda bertatoo tadi. Apa yang terjadi tidaklah Kak Es tahu. Beberapa ketika kereta polis peronda tiba dan masing-masing terus berdesup pergi.

~ Sedih !! Tak de apa yang dapat dibuat ketika itu melihatkan masing2 dah pegang helmet seolah2 itulah senjata mereka. Dalam kumpulan yang ramai itu, seorang pun tidak ada rasa hormat dengan pelanggan sekitar mereka. Seolah2 dunia ini mereka yang punya.

~ Pelik!! Mereka bagaikan terbiar ke sana sini bagaikan tak ada keluarga. Dah lewat malam begitu tak ingat nak balik rumah ke? Mak ayah tak kisah ke? ( kak Es keluar dengan izin suami ok :)  )

~ Bimbang !! Kalau kita nak tengok pemimpin akan datang, tengoklah anak muda yang ada sekarang. Kalau nak tengok keadaan negara akan datang, lihatlah remaja yang ada sekarang.

~ Moga anak2 Ummi didalam peliharaan Allah sentiasa : Sebab tulah Ummi pesan, jika nak Allah jaga kita, jagalah agama Allah ~

Saturday, April 23, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !



Nak join klik gambar okess :)
Sape pangaruh kuat saya...hmmm

Ni dia first time Kak Es berblog, kat sini la selalu lepak-lepak.
blog dia sangat kemas. pastu kadang2 pengisiannya boleh buat kita terpukul, kadang2 rasa nak nangis, kadang kadang tu terkekeh ketawa. Macam kawan dia cakap la..blog ini secukup rasa. Teguran dia pun sangat posotif.
blog ni pulak sebab kelakar dan cerita2 teladan dalam kehidupan seharian. Cara teguran dia pun berhikmah. Paling Kak Es suka sebab dia mudah ditegur. Ada Entry yang si comel ni cerita tentang make up dan ada yang menegur agak panasss tapi dia tak delete malah boleh terima dengan baik. memang salute laaa
Ohhh..Ahamad Albab ni sebab blog ni bagaikan harta bag dirinya. dah tu pulak tak kedekut. Di ajaknya ramai-ramai mengumpul harta. hehehe

 ada lagi .. yang ni dah lama saya jadi silent reader dia. Sebab masa tu tak pandai masak hahaha Chef saya. Yang ini dah lama saya follow dari zaman takde lap top sampai ada laptop. Takde blog sampai saya buat blog. mak , adik, makcik saya semua dah bookmark blog si empunya tangan menjadik ni.


Sumber inspirasi saya...
Jelita : Yang ini tak tahu lah nak kategorikan dalam bahagian mana. Tulisannya sangat terkesan. walaupun pedas ke, lembut ke, tetap membuatkan hati saya terikat. Yang peliknya..gambar takde punnn..tapi tetap ada tarikannya. Nak2 pula dengan Novelog yang mengancam tu . owhhh sungguh memukau

Ko Setan




Kenal tak 'dia' itu ??
Rasanya dah tahu sangat kan? mungkin tahu tentang physical appearance je kot...
Jom kenal labih dekat ( penting ni, strategi dan peribadi musuh kena tahu baru la boleh Fight )



Syaitan Tsabr :
  • Tsabr namanya macam (sabar) tapi sebenarnya dia akan goda manusia supaya TIDAK sabar dengan setiap ujian dari ALLAH. Ujian Allah tu dia dah tahu...kalau lulus ja, manusia akan ditingkatkan lagi darjat keimanan. Kiranya kalau dulu iman ala-ala Lans Koperal...bila Allah bagi ujian, kita sabar dan redho, kita banyak mengadu dan berdoa, kita banyak beristighfar maka berganda2lah pahala yang Allah berikan. Tingkat keimanan kita makin bertambah ke Koperal. 
  • Tapi .. dah nama pun SETAN, so tugas dia menggoda manusia yang tertimpa musibah agar tidak bersabar sehingga yang bersangkutan berteriak histeria, menampar-nampar pipi, dan sebagainya.
  • Bagi mereka yang sedang menghadapi kekecewaan,merana kelukaan hati kerana kehilangan sesuatu yang disayangi, Tsabr akan menghubungkan hati mereka kepada kesayangan itu. Seseorang ibu yang kematian anak yang satu-satunya akan meratapi siang dan amalam hingga lupa makan, lupa
    kewajipan,lupa pada suami dan lama kelamaan akan hilang akal lalu jadi gila atau setidak-tidaknya kurang daya ingatan (nyanyuk). Begitulah tugas Tsabr menggoda manusia dan membawa musibat dan kebinasaan.

Syaitan Al A'war  :
  • Syaitan ni dah serupa lanun..matanya buta sebelah. Tugas dia pun membutakan mata orang walaupun pada hakikatnya orang tu tak buta. Tugas dia bisikkan orang supaya berzina. Sebab tu nabi dah pesan awal2...jangan dekati Zina. (bukan sekadar jangan berzina, tapi dekati zina pun tak boleh) sebabnya SETAN mata sebelah ni dia akan butakan mata supaya zina untuk menjadi juga. Contohnya masa berdating...si lelaki tengok tangan pun dia jadi tergoda sebab matanya telah dikaburkan. Kulit yang tak berapa gebu ...Al A'war ni bisikkan kulit itulah mulus lembut hinggakan si lelaki teruja nak bersentuhan. Dah sentuh tangan .... Al Aw'war ni tak puas lagi...terus di bisikkan agar tangan itu dicium ...ala, cium tangan sahaja.. dah! bertambah lagi dosa2. Mungkin akan terhenti setakat itu tapi nafsu manusia takkan puas..bisikan2 akan terus hinggalah akan terjadinya zina. Kalau tidak hari itu, mungkin hari lain.

Syaitan Miswath :
  • Miswath tugasnya ialah menyebarkan dakyah yang tentunya dusta,khabar angin serta berita yang bohong semata-mata mahukan manusia menjadi kalut dan kacau bilau. Lebih-lebih lagi mengenai berita seharian atau berita yang menakutkan dan menggemparkan. Terlalu banyak manusia rugi dan melarat kerana percayakan berita bohong. Miswath akan menyampaikan berita bohong kepada seseorang yang dijumpainya apabila dia dengar bohong. Miswath bukan hanya membisikkan kehati seseorang manusia tetapi menjelma menyamar sebagai manusia semata-mata mahu menjahanamkan umat manusia sejagat. Miswath ertinya pengadun yang dibuat daripada kayu atau lainnya digunakan untuk mengadun. Oleh itu
    sesuai jugalah nama Miswath itu sebagai mengadun (mengocak) masyarakat yang sedang tenang damai menjadi kacau bilau dengan berita-berita bohong..

Syaitan Dasim :
  • Dasim ertinya menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. 
  • Portfolio Dasim ni lagi hebat. Rumah tangga yang dibina boleh hancur berkecai dengan penangan dia ni lahhhhh.....
  • Tugas Dasim ialah mengganggu rumahtangga supaya suami marah kepada isteri dan sebaliknya atau bapa marah kepada ahli keluarga itu dan dibakar hati mereka yang berkenaan supaya panas dan marah serta benci kepada suami isteri atau ahli keluarga. Ini namanya marah dengan tiba-tiba kerana tiba saja seseorang itu meradang kepada ahli keluarganya. Bila dah api kemarahan membakar, biasanya api ini akan merebak. Orang yang tengah marah..marahnya itu akan berjangkit pula kepada orang yang dimarah. Lalu berlakulah perang mulut. Bagi isteri, Allah dah kurniakan kita kesabaran yang sangat tinggi. Kalau tak macammana kita boleh tahan mengandung selama 9 bulan 10 hari. Bersabarlah, walaupun dalam hati ni ada harimau ( marah sangat ) biarlah yang keluar itu kambing ( perkataan yang elok ) berwuduk paling bagus solat. Kalau tidak akan berlaku pertengkaran hebat. 
  •  Dasim memerhati sambil membakar hati manusia terus menerus. Jika dengan perang mulut tidak dapat diselesaikan, biasanya berpindah menjadi pergelutan,tumbuk menumbuk,tampar menampar. Itulah tugas atau kerja Dasim.

Syaitan Zaknabur :

  • Zaknabur anak syaitan yang kelima ini ditugaskan untuk mengadu domba antara pedagang dengan pembeli. Dia akan memancangkan benderanya dipasar untuk menarik minat atau perhatian orang ramai kepadanya. Dibisikkan kehati peniaga-peniaga supaya berlaku curang dalam sukatan, timbangan dan hitungan. Tambahan pula Zaknabur akan membisikkan sipa peniaga memastikan barangannya yang tidak elok supaya dicampur-kan kedalam yang elok supaya tidak kelihatan dan menjualkannya kepada pembeli demi untuk mengaut keuntungan yang lebih serta banyak. Begitulah Zaknabur mengajarkan kecurangan kepada pedagang. Bagaimana pula dengan pembeli? Kepada pembelinya pula diajar supaya berhutang apa lagi yang sudah menjadi langganan. Kemudian Zaknabur membisikkan supaya hutang piutang itu jangan dibayar. Gaduh, bising, kacau bilau terjadi dipasar itu, ini menandakan usaha Syaitan Zaknabur telah terhasil.

Dah kenal kan dengan musuh ketat kita. So kalau dah kenal senang la lepas ni, kan. kalau tengah borak2 dengan en. somi tiba2 ada je topik jadi panas...ingatkan balik suami, "bang, ini kerja si Dasim ni. Dia dah timbulkan api cemburu buta ni" banyak2 istighfar dan bincang dengan baik.

Kalau dah masuk pasar tu..baca doa sebelum melangkah masuk ..ramai dah askar2 Zaknabur tengah tunggu tu. Beli apa yang patut dan cepat2 keluar. Kalau tawar menawar, agak2 makcik tu dah muka kelat, tak perlu la sampai bertekak. Bayar apa yang patut terus beredar.


Macam tu jugak lah kalau kita dapat sebaran berita sehingga menggemparkan dunia, selidiki dulu sebelum percaya dan nak sebarkan kepada orang lain. Miswath ni, dia punya dakyah akan terus memporak perandakan manusia supaya hidup kucar kacir. Sepatutnya kita hidup dalam keadaan berkasih sayang.

Setakat kenal tapi tak prepare minda, takkan kemana. Silap2 kita pulak dah jadi kuncu2 SETAN.


P/S : take care because i really care ... sayang sokmo dari Kak Es












Friday, April 22, 2011

AKU VS BEN ASHAARI : ROUND 3



nak join..??
klik kat gambar ek ..

Bila Tuhan tak adil ......

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


Thursday, April 21, 2011

TAK BOLEH ???

Assalamu'alaikum semua...

Kak Es nak tanya? 1 hari berapa ayat negatif yang kita keluarkan. Jangan itu.. jangan ini..tak boleh macam gini...tak boleh macam gitu.... ape lagi ek ayat2 negatif yang sering terkeluar dari mulut samada sedar ataupun tidak.

Kadang-kadang kalau kita berdoa pun, kita guna juga ayat negatif . Perasan tak ? Ya Allah ya tuhanku, janganlah Engkau biarkan dalam kemiskinan...
apa kata kalau kita twist ayat tu jadi positif.. Ya Allah , jadikan aku ini hambaMu yang kaya dan bertaqwa.

Ayat negatif ini sebenarnya ada kesan kepada minda kita. Ada minda yang tak absorb perkataan negatif contohnya ... jangan main-main semasa belajar ~ yg dicernakan 'main-main semasa belajar'
sebab tu kita kena cakap ' masa belajar , tumpukan perhatian 200% apa yang cikgu ajar'

Kak Es sekadar nak kongsi sebab dah banyak kali Dr. Azhar tekankan perkara ni. Kak Es dengar dari siaran       IKIM

Tuesday, April 19, 2011

Tak dak ghoje..cari ghoje

Semalam akibat dilanda keboringan yang tak tahu lah kenapa....

Anak-anak macam tahu je camne nak bagi ummi mereka release semula.

"Umi, jom la kita gi swimming...Nanti kami siapkan apa2 yang patut OK!"

Lalu dengan hati yang berat Best sebenarnya...kami pun bertolak la ke tempat yang boleh kodek-kodek berenang ala-ala duyung. Walaupun dah petang..tapi oklah...time tu dah tak ramai manusia-manusia.

Anak-anak mula ceria bila tengok si ummi tersenyum bahagia...

Renang dan air satu terapi yang baik bila kita TENSION !!

Yehhaaaaaa......


Anak-anak yang paling ENJOY !



Si kakak berendam macam si Itik


Puas hatilah dapat berendam....

P/S : Galakkan anak cintakan sunnah Nabi