Pages

Wednesday, April 13, 2011

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH



Kaulah pelita hatiku ..abah

Abah kakEs seorang guru kampung yang biasa-biasa sahaja. Kenangan bersama beliau sangat banyak. Pengorbanan beliau membesarkan Kak Es 4 beradik sangat besar.
Kak Es masih ingat, sewaktu Kak Es baru tadika...rumah yang kami tinggal jauh sangat jauh dari sekolah abah mengajar. Setiap pagi Kak Es dan abah berembun menempuh perjalanan yang jauh menaiki motor. Kabus sangat tebal di beberapa kawasan. Abah selalu pesan " kak long, peluk abah kuat2" mungkin nak elakkan kak Es dari tertidur atau nak elakkan dari kesejukkan. Abah mmg sangat prihatin. Bila beliau merasakan pelukan dari belakang tak kemas , cepat2 abah pegang tangan kak Es takut kak Es terjatuh. Abah tak pernah mengeluh kalau kak Es minta turun untuk buang air atau letih.
Setelah berpindah dan menetap di kuarters kehidupan kami lebih terurus. Tapi abah tetap dengan rutin abah. Mengambil berat kebajikan anak-anak. Abah kak Es menggalakkan kami membaca. Kalau tak cukup buku kat library depan rumah, abah beli lagi buku di kedai tanpa sedikit pun keluhan.

Paling kak Es tersentuh bila mengenangkan kembali saat abah turun ke sawah sesudah selesai tugasnya mengajar di sekolah. Kak Es mungkin tak faham lagi ketika itu, Kak Es hanya ikut menemani abah sambil buat kerja sekolah. Sedangkan abah berjemur di tengah perit mentari di tengah sawah. Bila dah jadi ibu , kak Es kenangkan kembali jasa pengorbanan beliau membuatkan hati ini rasa sangat terharu. Sungguh lah..jika diberi emas permata pun takkan terbalas segala jasamu abah.

Kak Es pernah lihat butiran air mata kegembiraan tika kak Es berjaya dalam pelajaran. Sampai sekarang, tak pernah abah abaikan kak Es ditambah pula dengan kehadiran cucu2 penyeri hidup beliau.

Untuk abah, kak long mungkin tak punyai apa2 untuk membalas segala pengorbanan cuma k.long akan usahakan memastikan zuriat keturunan abah berakhlak dengan akhlak yang mulia dan berilmu. Doa kudus kak long utuskan buat abah moga Allah merahmati setiap titik peluh abah dengan pahala yang berganda2.


4. Cabaran mendidik hanya satu shj penyelesaian yang kak Es nampak. Letakkan Islam di hati mereka. Amalkan dalam hidup agar mereka nampak contoh amalan di depan mata insya Allah mereka juga akan follow yg baik. Sentiasa nasihat dengan penuh kasih sayang. Ikut lah apa yg disarankan oleh Nasih Ulwan... 7 tahun pertama penuhkan dengan kasih sayang, 7 tahun kedua beri pendidikan,  7 tahun ketiga berkawanlah dengan mereka.

12 comments:

Lydia Miza said...

menarik kisah kak es..tq share kisah ni ngan kami

anumuchan said...

terharu bace..sedih2..huhu..

Unknown said...

rindu sama abi..

Anonymous said...

Sedih nya. ): Tersentuh hati kecil ku. hehe.

PinKy MoMMa said...

besarnya kasih seorg ayah ;)
smga kite sntiasa kenang jasa ayah kita..walaupun ayah ceq garang..
sbb garang dua tu la ceq jadi org..kalau x mesti jadi antu merambu huhu ;p

Dekcik said...

singgah lah blog dekcik..
bce ngah penuh hayati..

http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

Shazwan Azizan - wanblur said...

singgah sini dari blog ben

messy_mess said...

menarek ~

jom gelak2x pulak ~

F Hzh said...

huhuh.. sedih la plak bace entry ni.

coming from AB segment.. i folo ur nice blog... :)

Qiszana said...

Baca kt sini pula....^_^

mas saari said...

salam singgah baca kisah tentang ayah

pengorbanan seorang ayah memang tiada tandingnya...sayangilah dia selagi hayatnya masih ada!

Lulu Caldina said...

segmen ni bagus, tapi sebak nak buat... sayang papa lulu...semoga ibu bapa kita sentiasa dirahmati...